Tuesday 17 March 2009

sedikit demi sedikit..

tangan gatal nak menulis..

Gabungan UMNO-PAS impian orang melayu

x-housemate , Atiq tulis kat status YM die lebih kurang bunyinya kalau UMNO dan PAS bergabung jadi United Muslim National Organisation..hahaha.. PAS pernah masuk dalam UMNO tahun 1974, dibawa masuk oleh Tun Razak. Seruan gabungan ini berkumandang sekali lagi selepas 8 Mac 2008 apabila ‘tsunami’ politik melanda malaysia.Kemenangan Pakatan Rakyat di Perak yang majority kerusinya dimenangi oleh DAP akhirnya menimbulkan kebimbangan UMNO akan nasib orang melayu (kata pemimpin utama mereka). UMNO mengajak PAS bergabung dengan mereka untuk membela nasib orang melayu, seruan yang sama juga kedengaran di Pulau (majority DAP). Apabila TGNA ditanya berkenaan hal ini katanya (sambil mengungkap hadis Nabi s.a.w) lebih kurang berbunyi ,janganlah kamu membiarkan diri kamu dipatuk ular 2 kali di lubang yang sama(merujuk penggabungan UMNO-PAS 1974). Wajarkah PAS masuk dalam UMNO semula?Biarlah isu PAS dibicarakan oleh orang PAS.Tidak cocok bagi orang di luar PAS membicarakannya, lebih-lebih lagi norma 'Wala' dan 'Bara' yang dianuti oleh kebanyakan pendokong gerakan politik Islam tidak akan membenarkan 'self criticism' dan juga 'akauntabiliti' dari pihak luar.(meminjam ayat Ust MM)

Namun, nasihat sister Nurzaffan Khalid (akak cendol) berkaitan malam sukaria mungkin berguna untuk PAS memandangkan kesnya lebih kurang sama. Membiarkan UMNO dipimpin oleh insan2 yang tidak tahu dan mungkin juga korup hanya akan menyebabkan mudarat yang lebih besar. Masuknya ahli-ahli PAS dalam UMNO dan bertanding untuk jawatan tertinggi akan mengurangkan mudarat yang ada. Malah boleh mencorakkan UMNO sekaligus secara sedikit demi sedikit perubahan positif boleh dilakukan. (zaff..belanja cendol..rase kene benar formula awak ni). Mungkin pemimpin2 PAS boleh mula memikirkan cadangan ini.

Baru2 ni DS Ali Rustam dilarang bertanding kerana terlibat politik wang, tidak ketinggalan KJ pun menerima amaran apabila didapati bersalah oleh lembaga disiplin UMNO. Mungkin inilah kesan kemasukan Ezam dalam UMNO. Dan satu petunjuk bahawa dalam UMNO masih ada yang benar2 berjuang atas dasar prinsip, kalau tidak masakan muncul laporan2 ini dalam utusan malaysia lagi tu.

waulahualam...

6 comments:

zaffankhalid said...

tono, harapnya statement aku tidak disalah guna ye.

statement itu aku nyatakan untuk m nite, tidak aku samakan antara umno dan pas. (aku tak minat nak bincang tentang penggabungan umno dan pas pon semasa ulas bab malam bersuka ria, tolong fokus)

harap jelas.

to be honest aku kecewa sebab apa yang aku maksudkan diperumpamakan untuk kes yang lain, sedangkan aku tidak membawa maksud sedemikian rupa.

walaupun kecewa, tidak mengapa. harus berjiwa besar, cheers tono =)

harap dapat betulkan semula kerana aku tak maksudkan sedemikian rupa. Situasinya berbeza.

jom buat kerja. banyak kerja ni

melintangpatah said...

xyah kecewa zaff, aku ni bloggers picisan..xde org follow pun..kata2 aku ni bertaraf kuman2 je..org x nampak relevan pun kata2 aku..lainla ayat2 AQ dan hadis..dan juga kalam ulama muktabar..

kalu kecewa pung, jgn lupe bgtau kalau buat cendol..

posting ni pasal "sedikit demi sedikit"..mengambil approach yg ko lontarkn utk malam sukaria.fokus sepatutnya tajuk ni bukan malam sukaria(yg x jadi tajuk utama blog ni).its not ur statement.aku ciplak idea je..so,tolong jgn saman aku..

aku bajet ko setuju sebab umno ni muslim ahlinya..better drpd yg buat mlm sukaria yg bercampur2 akidahnya..so approachnya maybe lebih2 lagi sesuai kt situ..

ini pendapat aku ALONE..n aku x promote blog aku mcm sesetengah org..sokmo htr link..so jgn risau..

jzkk kerana sudi jenguk..

tgh buat keje la ni..lusa supervisor nk jumpe..

NuRuL AtiQaH said...

salam ziarah..

tah cane tetibe termasuk blog ni..
baca statement kak zaf dlm article, terkejut juga..
bila baca komen baru paham situasi yg sebenarnya.
harap penulis boleh edit n betulkan balik entry tu utk elakkan salah faham..
takut2 terjatuh fitnah (dosa fitnah lg besar drp membunuh).

nway, nk ahli pas masuk dlm umno? bukan nk merendah2kan umno, tapi tgklah sendiri bgaimana ahli abim (DSAI) yg sudah cuba masuk umno n membetulkan akidah org2 umno.
apa sudah jadi pada tahun 1998?
sama2 kita ambil ibrah/pengajaran.

bukan senang nk menyelit2 ni.
perlu jatuhkan kebatilan secara keseluruhannya, insyaAllah yg haq akan naik..
gunakan segala peluang yg ada (utk menegakkan islam), insyaAllah..

sekadar pandangan.
wallahu'alam

melintangpatah said...

kpd cik atiqah >>

maknanya kita kene 'double standard'..

prinsipal dalam method kita yg nk mencegah kemungkaran tu rupenya kene tukar.

formula sedikit demi sedikit yg zaffan kemukakan rupa2nya tak apply utk saudara seakidah..tapi apply pulak utk yg x seakidah dlm malam sukaria..

'perlu jatuhkan kebatilan secara keseluruhannya, insyaAllah yg haq akan naik..'

utk mlm sukaria statement di atas jadi 'perlu masuk dlm kebatilan dan basuh sehingga jadi hak'..

kene rujuk balik komen zaf dlm entry dakwah atas jalanNYA :
"2. adakah wajar tidak terlibat lansung dan mungkin sesuatu itu menjadi lebih mudarat atau melibatkan diri dengan mengurangkan kemudarata TANPA menggadaikan prinsip. Sekaligus secara sedikit demi sedikit perubahan lebih positif boleh dilakukan."

bolehlah cik atiqah nilai sendiri..

NuRuL AtiQaH said...

terima kasih..=)

utk statement "perlu jatuhkan kebatilan secara keseluruhannya, insyaAllah yg haq akan naik.."

sy merujuk kpd negara, bkn mlm sukaria yg lebih kecil skopnya.. knape sy merujuk kpd negara utk cara ini? sbb dah ade ibrah yg pd hemat sy kte perlu ambil prhatian..

utk statement ini pula; "adakah wajar tidak terlibat lansung dan mungkin sesuatu itu menjadi lebih mudarat atau melibatkan diri dengan mengurangkan kemudarata TANPA menggadaikan prinsip. Sekaligus secara sedikit demi sedikit perubahan lebih positif boleh dilakukan."

ini pula merujuk kpd mlm sukaria dan sy sgt setuju, mmg xde masalah utk lakukannya di malam sukaria..

tp bkn utk skop negara.. sbb tu kak zaf kata jgn disalah guna statement beliau.. (ayat pertama beliau dlm komen di atas)

maksudnya perlu ikut waqi'/keadaan, bkn semua keadaan boleh digunakan cara yg sama..

ape2 pun, bersama2 kita menegakkan islam.. mohon maaf andai terkasar bicara. mari berlapang dada, peace! =)

wassalam wbt

melintangpatah said...

cik atiqah..tolong jgn tinggalkn lagi perbincangan ini..please..

sy sentiasa berlapang dada iA..tp cuma nk kritikal dlm diskusi ini..

"sy merujuk kpd negara, bkn mlm sukaria yg lebih kecil skopnya.. knape sy merujuk kpd negara utk cara ini? sbb dah ade ibrah yg pd hemat sy kte perlu ambil prhatian.."

apa IBRAHnya??sy betol2 x jelas..

memahamkan org yg seakidah seperti apa yg DSAI buat pun x berjaya(spt yg dikemukakn oleh cik atiqah)..tp boleh berjaya dgn yg x sama akidah.(kes mlm sukaria)

"perlu jatuhkan kebatilan secara keseluruhannya, insyaAllah yg haq akan naik.." pernyataan ini PRINSIP atau METHOD?mohon penjelasan cik atiqah..kalau PRINSIP..should apply in any situation..

i wonder why Nabi s.a.w ditidurkan dlm pesta kt mekah b4 kerasulan..maybe cik atiqah could explain..

mungkin sy yg x jelas prinsip itu ape..method itu ape..care to explain cik atiqah..

p/s : sorila tye byk..iA..kite diskusi dlm kasih syg..utk menegakkan islam..