Thursday 4 June 2009

Pasar Demokrasi

New America, One Malaysia : KJ

Inilah pasar demokrasi(meminjam terma Fahri Hamzah) yg akhirnya disedari oleh KJ dan BN lewat 8Mac08 bahawa mereka tidak selama-lamanya akan memegang takhta kerajaan. Mana-mana partai politik yg diRASAkan oleh rakyat mampu memberi manfaat yang besar kepada mereka maka partai itulah yg akan menang. Sifir yg cukup mudah. Nampak seolah ada kesungguhan dari KJ utk perubahan segera berlaku dlm BN demi mengambil hati rakyat kerana baginya 4 tahun sebelum PRU seterusnya hanya sekadar 2 tahun utk perubahan besar-besaran berlaku dlm BN(UMNO terutama). Tahniah KJ kerana mengiktiraf kematangan pengundi lewat 8Mac08 lalu yg menggambarkan kematangan demokrasi.

Mungkin pertanyaan seterusnya utk difikirkn oleh KJ adalah adakah idea 'One Malaysia' DS Najib, PM kita ini akan mengubah sikap atau approach kerajaan dlm menangani isu rakyat?sebagaimana KJ meragui idea 'New America' Obama yg setakat ini senyap sahaja berkaitan isu Palestin.

Waulahualam..biarlah politisi dengan agenda2 mereka. Tidak dinafikan langkah yang mereka ambil akan meninggalkan kesan kpd rakyat(jika tidak banyak, sikit). Namun kerja2 perbaikan(islah) individu dan masyarakat harus terus berjalan tanpa henti walau apa jenis tsunami pun yg melanda ekonomi dan politik negara.

Ke arah membina rijal yg jiwanya penuh dengan Inqilab jahiliyyah..

Wednesday 3 June 2009

Aku Ingin Berbicara dengan Kamu Tentang Hati (2)

Pagi yg cukup indah. Walaupun cerah tapi bahang mentari tidak terasa. suasana yg cukup nyaman itu mengingatkan lebai Man akan suasana summer di United Kingdom yg telah lama dia tinggalkan. angin sepoi2 bahasa yg tadi memukul muka dengan perlahan semakin deras apabila Pak Leman mula memecut. Lebai Man yg membonceng Pak Leman menikmati pagi yg indah kurniaan Allah itu dengan penuh kesyukuran, mindanya berada di United Kingdom menelusuri kenangan Summer Camp MSM dulu2. Celoteh Pak Leman sekadar lalu2 sahaja di telinganya, kekadang terdengar dia butir2 kata Pak Leman lalu terus dia 'iya' kan. Kesian Pak Leman, letih dia bercerita sambil mengemudi motor kapcai lagi tu, boleh pulak Lebai Man buat tak endah.

Lalu sahaja mereka di hadapan warung Pak Wok, Wak Jiman sudah pelik, berkedut dahinya yg memang penuh kedut melihat kemesraan Pak Leman dan Lebai Man.

"Aik! baik semacam je.." getus Wak Jiman perlahan. Pak Wok yg mendengar dan melihat kedutan wajah Wak Jiman hanya tersenyum seolah-olah tahu apa yg telah berlaku terhadap keduanya.

Masakan tidak tahu, teringat Pak Wok ketika Lebai Man menegurnya dulu supaya menukar rancangan gusti WWE yang menjadi bahan tontonan asasi di warung itu. Hampir sahaja menjadi makanan asasi kerana ada juga yang datang hanya untuk menonton gusti, makan tidak minum pun kadang2 tidak. Gusti dan dam aji, waqi'(suasana biasa) warung melayu, kalau advance sikit mungkin ada carom. Teguran Lebai Man itu pada fikiran Pak Wok seolah2 mahu menutup tarikan utama warungnya, ditambah lagi faktor senioriti dan egoistik yg penuh kejantanan, naik berang Pak Wok. Terus dimarahinya Lebai Man on the spot, "nak ajar aku pulak..kamu tu baru je dekat sini tak sampai setahun!", waktu itu Lebai Man baru sahaja 9 bulan berada di kampung itu setelah lama berkelana di Mesir. Lebai Man terus minta maaf tapi Pak Wok menunjukkan kekerasan kepalanya, dia buat dek saja.

Disinilah mula terserlah hasil tarbiyah yg diterima Lebai Man sewaktu berada di UK dan Mesir, setiap hari sejak hari itu ada sahaja hadiah berbentuk makanan atau pertolongan yg diberikan kepada Pak Wok sebagai tanda minta maaf apatah lagi apabila anak sulung Pak Wok dalam proses melanjutkan pelajaran ke United Kingdom, semuanya diuruskan oleh Lebai Man. Lebai Man tidak pernah mengulang2 kejadian di mana dia ditempelak oleh Pak Wok, baktinya ikhlas , balasan Allah lah yg diharapkannya. Lagi pun anak sulung Pak Wok sangat rapat dengannya, anak usrahlah katakan....berlepas sahaja anaknya ke UK, Pak Wok speechless..kereta yg sedang dinaikinya untuk balik ke kampung pun kereta Lebai Man..malu, kalau ikut peribahasa melayu, x ubah macam jilat ludah sendiri..cukup jijik...itulah perasaan Pak Wok sepanjang perjalanan..Selesai sahaja solat di RnR, Pak Wok terus memegang tangan Lebai Man dan meminta maaf atas kekasarannya dulu. Lebai Man buat2 cool sambil senyum dan meng'iya'kan sahaja permintaan Pak Wok. Dia pun sudah tidak berapa ingat kejadian itu.

Lebai Man terus mengambil kesempatan itu bercerita berkenaan kepentingan memberi manfaat kepada org lain. Diceritakannya kisah2 dlm Al-Quran, hadis2, kisah2 sahabat dan dikaitkan dengan gusti WWE. Memang terkena sungguh Pak Wok kali ini, tapi kali ini dia menerima dengan hati yg terbuka. Pandangannya terhadap Lebai Man sudah berubah tidak seperti dulu. Tidak lama selepas itu, tontonan warung Pak Wok cukup berbeza, samada video2 ceramah Ust Shamsuri atau dokumentari berkenaan keindahan alam ciptaan Allah drpd Discovery Channel atau National Geoghraphic. dan kadang2 dari HarunYahya. Walaupun pada mulanya geng2 retired bising2 tapi semuanya kemudian senyap, mereka mendapat banyak manfaat drpd kuliah Ust Shamsuri dan jugak video2 lain. Lagipun mereka hanya sebahagian daripada pelanggan Pak Wok yang ramai..nak bising2 pulak..

"Pak Wok!berapa ni?ooo Pak Wok!", lamunan Pak Wok terhenti, panggilan Cikgu Bakri yg nampak bergegas potong stim betol. Semua imej2 kenangan indah perkenalan dengan Lebai Man hilang lesap dek panggilan Cikgu Bakri. Memang potong stim..Pak Wok mengagak perkara yang lebih kurang sama terjadi kepada Pak Leman cuma mungkin episodnya lebih pendek.

TBC...