Wednesday 22 April 2009

Aku Lemah..Mohon Maaf.


Maaf kepada ISOC kerana x mampu untuk hadir ke AGM..ampun banget..

bukan sengaja xnk datang..tapi melihatkan projek 3rd year yg diambang maut..tak tergamak nk dtg..

waktu2 kecederaan mcm ni email pun x bace betol2..bukak pun jarang2..YM apetah lagi..

ini waktu2 fitnah..

kalaulah boleh undi online..sure akan undi..

Jazakumullahu khairan katheera atas segala usaha anda(ISOC Comm) selama ini..

Sesungguhnya amal anda sangatlah besar nk bandingkn dgn amal aku..Subuh jemaah pun selalu miss..

Hanya Allah sahaja mampu balas..

SORI YG AMAT..

-pemuda lemah yg kurang amal-

Friday 3 April 2009

Evaluation..

jamek umawiy, dimasyq, syria..i've been here.

Setiap dakwah islam bila-bila masa pun hendaklah memulakan amalnya dari masjid. Dengannya diislahkan akidah, diajar adab-adab ta'amul islamiy. Dari sinilah segala neraca nilai-nilai lain seperti kebolehan menulis, kepetahan bercakap dan timbunan sijil-sijil akademik semuanya gugur secara automatik.

Inti kebaikan sebenarnya hanya berada pada kunjungan tetap ke masjid. Bekalan masjid adalah sebaik-baik bekalan untuk muntalaq. al-Hasan bin Ali bin Abi Talib r.a mengira-ngiranya dan berkata :

"Sesiapa yang sentiasa ke masjid, dia akan mendapat 8 sifat : Tanda yang meyakinkan, saudara yang berguna, ilmu yang dimiliki, rahmat yang menanti, kalimah yang menunjukkan jalan atau menghalangnya daripada kemusnahan, dan meninggalkan dosa samada kerana malu atau takut"
(Ibn Qutaybah, 'Uyun al-akhbar)

Pada hakikatnya, masjid adalah tempat fikrah yang satu, bersih, suci dan membetulkan segala penyelewengan masyarakat. Ia adalah pemikiran yang satu pada setiap kepala. Oleh itu, ia adalah penyelesaian yang satu terhadap segala permasalahan. Sama seperti sungai yang membelah bumi lalu bumi hanya berada di tebingnya tanpa mara lebih daripada itu, maka begitu juga masjid yang didirikan lalu bumi dengan segala pengertian tanah yang hina itu tidak dapat memasuki masjid kerana terhalang oleh dindingnya.
(al-Rafi'iy, Wahy al-Qalam)

"Masjid bukanlah sekadar binaan atau tempat seperti binaan dan tempat-tempat lain. Bahkan ia adalah membetulkan alam yang sentiasa bergelora disekitarnya. Hidup adalah sebab yang menjadikan manusia sesat, batil, berlumba-lumba, bermusuhan, konspirasi dan seumpamanya. Semua ini akan dapat dipadamkan oleh masjid, iaitu ketika orang ramai berkumpul beberapa kali setiap hari dalam keadaan dada yang sejahtera, hati yang suci bersih dan rohani jiwa yang tinggi. Masjid tidak dimasuki oleh kemanusiaan manusia melainkan dalam keadaan suci bersih. Seluruh tubuhnya daripada bahagian yang paling atas hingga ke bahagian yang paling bawah digenangi dengan syiar kesucian yang dinamakan sebagai wuduk yang menjadikan manusia seolah-olah membersihkan segala kesan-kesan kotoran dunia daripada seluruh anggotanya sebelum memasuki masjid"
(al-Rafi'iy, Wahy al-Qalam)

Petikan dari buku Raqaiq oleh Syeikh Ahmad Rasheed...