Tuesday 30 December 2008

Demonstrasi Gaza di Nottingham

ahli MSM ,Faiz dan Ahmad Mustaqim antara yang mula2 hadir.

Sejak 4 hari yang lalu Gaza telah diserang bertubi2 oleh roket israel dan kematian sudah melebihi 200 (ini jangkaan kematian selepas 2 hari) .Website BBC news masih lagi meletakkan laporan Gaza di halaman utama . Semasa solat zohor semalam(29/12) Bro Saeid membaca Qunut Nazilah(Sunnah Nabi ketika umat dilanda bencana) . Selepas solat, Bro Uthman, Muslim Chaplain Uni of Notts kemudian mengkhabarkan keadaan semasa di Gaza dan memohon jemaah yang hadir untuk sama2 turun ke Old Market Square di tgh bandar Nottingham untuk demonstrasi aman di hadapan City Council khas utk Gaza. Dia kemudian menghantar sms kepada penulis untuk di'forward'kan kepada warga Malaysia. katanya "I want to see all Malaysian!". Alhamdulillah walaupun tak semua hadir namun penulis bukanlah satu-satunya warga Malaysia yang peduli.

Walaupun cuaca sangat sejuk(habis kebas jari2) namun semua yang hadir tidak luntur semangat untuk melaungkan sokongan mereka kepada warga Gaza. Laungan semangat adalah untuk menarik perhatian orang yang lalu lalang supaya aware dengan keadaan di Gaza.


Bro Uthman mengetuai chanting

Perempuan dalam gambar diatas lumpuh namun dia mampu hadir, entah berapa ramai yang sedang enak duduk di rumah masing2 memikirkan urusan hidup yang pelbagai tanpa mengendahkan orang lain. Alhamdulillah penulis tidak bersama mereka.

Perempuan ini tidak bertudung tapi semangat sungguh dia melaungkan takbir, alhamdulillah penulis nampak mujahidah dakwah hadir dan sama2 melaungkan kata2 semangat. Sememangnya mujahidah dakwah patut lebih hebat dari wanita tak bertudung ini dalam isu Palestin.
Lelaki tua di bahagian paling kiri dalam gambar diatas berketurunan Yahudi Inggeris, dia juga mengutuk serangan terhadap Gaza. Dan Sabtu ini akan berlangsung demonstrasi yang lebih besar di Central London dan pastinya group yahudi ortodoks akan tampil bersama menjayakan demonstrasi ini. Setelah hampir sejam setengah berdemonstrasi, Bro al-Fateh mengakhiri perhimpunan dengan sedikit ucapan.



Usaha yang sedikit ini jika dilakukan secara bersistem di setiap tempat di UK insyaAllah bisa menjadi satu bentuk pressure kepada MP(member of parliament) untuk membawa isu ini ke Parlimen kerana setiap yang hadir adalah orang yang layak mengundi dan pasti MPs mahu mengekalkan kerusi mereka. Friends of al-Aqsa yang diketuai oleh Ismael Patel juga membawa perkhabaran gembira semasa WinterRetreat MSM 08 tidak lama dulu. Mereka dalam rangka membuat hubungan diplomatik dengan politician UK dan hal ini akan diumumkan secara rasmi(penulis tidak pasti bila).

Menjadi harapan kita untuk melihat Liga Arab bertindak terhadap isu ini dengan lebih tegas terutama kerajaan Mesir pimpinan Hosni Mubarak. Sempadan Rafah perlu dibuka terutama dalam keadaan sekarang. Moga Allah memberi rahmat dan hidayah kepada setiap yang hadir menjayakan demonstrasi seperti ini dan moga mujahidin di sana sentiasa istiqamah dengan perjuangan. Semangat semasa demonstrasi perlu juga diterjemahkan dalam akhlak, ibadah dan muamalah. Adalah tidak enak jika hanya kuat bertempik sewaktu demonstrasi namun solat tidak dijaga.

free free Palestine!

free free Palestine!

Gaza Gaza don't you cry!

We will never let you die!

Monday 29 December 2008

Aku SETUJU dgn KJ



buat julung kali aku dgr KJ kecek dan buat julung kalinya aku byk bersetuju dgn kata2 beliau..ade ketelusan dan terus terang dlm ucapannya walaupun unsur asabiyah parti UMNO masih kuat..namun sebagai pendokong sunnah, kita diajar untuk menilai hujah bukan figure..cuma kadang2 figure pun akan jadi penguat hujah..dalam ulum hadis pun digunakan contohnya hadis ahad yg masyhur (masyhur sebab riwayat sahabat popular)..

Tahniah KJ..teruskan berkata benar terutama sebab anda duduk dlm dunia politik kepartian..

Saturday 27 December 2008

akh keyo menulis semula

masyaALLAh..akhuna SS Mufti kita, al-akh Keyo udah kembali semula..

kali ini dengan tulisan pedas buat mujahidah dakwah..

---------------------------------------------
coretan ini adalah khas buat segelintir para ‘mujahidah’ dakwah.. entah mengapa aku merasa sedikit lucu bilamana tarbiyyah menjadikan antunna semua seolah-olah kami sedang berhadapan dengan warden penjara…..

benar! islam mengajar wanita supaya jangan tergedik-gedik di hadapan lelaki AKAN TETAPI islam juga mengajar kita supaya berakhlak.. di manakah akhlak kamu bila berurusan dengan ikhwah?kenapa harus menenking-nenking? apa?ingat lelaki ini tiada hati dan perasaan ke?

kami bukan meminta aurat kamu tetapi kami hanya mengimpikan akhlak yang solehah.. tiadalah guna ilmu dan tarbiyyah jika ia menjadikan kamu semakin kurang ajar..

berakhlaklah dengan baik dan jagalah batasan agama.. jangan terlalu cuai dan jangan juga terlalu melampau dalam beragama.. gunakanlah kata-kata yang sopan dengan bahasa yang penuh beradab..

sama-samalah muhasabah diri….

APA TENGOK2!!!

Monday 8 December 2008

Sunday 7 December 2008

Benarkah seperti yang dituturkan?

pernah sekali Syeikh Sha'rawi menegur Hosni Mubarak, presiden Mesir(diktator seperti mostly negara2 arab) tapi jolo ko hok die oyak tu??jadi sungguh ko?tapi best betol dio kecek..bahasa tinggi..



terjemahan seperti berikut :

Dan sesungguhnya aku (Sheikh Mutawalli Sya'rawi) wahai Tuan Presiden (Husni Mubarak),aku berdiri di ambang pintu dunia ini untuk menyambut saat kematian yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Maka tidak akan sekali2 akan aku akhiri hayatku ini dengan kemunafikan dan tidak akan sekali2 akan aku zahirkan dari diriku ini dengan penipuan. Akan tetapi, aku ingin menyampaikan satu ungkapan sekali lagi kepada umat seluruhnya,kerajaan dan bala tenteranya,pembangkang dan penyokongnya, dan rakyat malangnya mereka lebih cenderung bersikap pasif. Aku ingin mereka mengetahui bahawasanya pemerintahan itu berada di tangan Allah yang mana dikurniakannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Maka janganlah kamu berkomplot untuk mendapatkan pemerintahan itu dan janganlah ada tipu helah untuk sampai kepadanya(pemerintahan). Sesungguhnya kebenaran Allah SWT itu telah termaktub, tatkala menceritakan perbualan antara Nabi Ibrahim dan Namrud, apa yang Allah SWT katakan padanya?"Apakah kamu tidak memperhatikan orang yang berhujah dengan Nabi Ibrahim tentang Tuhannya(Allah) -padahal dia seorang yang kafir- kerana Allah telah memberikan orang itu pemerintahan(kekuasaan)….." (Surah al-Baqarah:258). Maka pemerintahan itu ketikamana Allah SWT menurunkannya, Allah SWT berfirman: "…….Dia(Allah) memberikan pemerintahanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya……" (Surah al-Baqarah:247). Maka janganlah kamu berkomplot terhadap Allah untuk mendapatkan pemerintahan dan janganlah ada penipuan terhadap Allah untuk mendapatkan kekuasaan kerana seseorang itu tidak akan mendapat kekuasaan di dalam pemerintahan Allah melainkan dengan kehendak Allah SWT. Maka jika dia seorang yang adil, maka rakyat akan memperoleh manfaat dengan keadilannya, dan jika dia seorang yang tidak adil dan zalim, maka Allah akan menjelekkan kezaliman itu dan menghodohkannya dalam diri setiap manusia. Maka disebabkan kezaliman yang telah dia lakukan, rakyat akan membenci setiap orang yang zalim walaupun mereka tidak membenci pemerintah tersebut. Oleh yang demikian itu, aku ingin mengatakan sesuatu kepada kaumku sekalian, sesungguhnya kami -alhamdulillah- telah jelas kepada kami kebenaran janji2 Allah pada kata-kataNya berdasarkan peristiwa2 yang telah berlaku. Maka bagaimana telah kami menafsirkan kata2 Allah "…..wayamkuruuna wayamkurullah…"(…dan mereka memikirkan tipu daya, dan Allah menggagalkan tipu daya itu….) (Surah al-Anfaal:30). Maka bagaimana telah kami menafsirkan kata2 Allah:"Innahum yakiiduna kaidan"*" waakiidu kaidan"(sesungguhnya orang kafir membuat tipu daya yang jahat dengan sebenar-benarnya* dan Aku juga membuat tipu daya dengan sebenar-benarnya)(Surah at-Thariq:15&16). Allah SWT ingin menetapkan ciri2 kerakyatanNya ke atas makhluk ciptaanNya, maka aku menasihatkan barangsiapa yang terlintas di dalam kepalanya untuk menjadi pemerintah, aku menasihatkannya supaya jgn meminta-minta (utk menjadi pemerintah), bahkan hendaklah dia diminta utk menjadi pemerintah. Sesungguhnya Rasulullah sallallahu a'laihi wassalam pernah bersabda:" Barangsiapa yg diminta untuk sesuatu perkara(memerintah), maka Allah akan memberi bantuan kepadanya(dlm pemerintahannya), dan barangsiapa yang meminta sesuatu(menjadi pemerintah), maka akan dipertanggungjawabkan(pemerintahan itu) kepadanya. Wahai Tuan Presiden, akhir sekali apa yg mahu aku perkatakannya kepada kamu, dan kemunkinan ini adalah pertemuan terakhirku dengan kamu, ' Jika nasib kami bergantung pada kamu, maka semoga Allah memberi petunjuk kepadamu, dan jika nasib kamu berada pada tangan kami. maka semoga Allah menolong kamu dlm menanggung beban(utk menghadapi kami).

credit to syeikh Shahrul Effendi fi dimasyq..die siap buleh syarah lagi kate2 nih..

Thursday 4 December 2008

Tren dan blogging


ade orang tye kt aku dlm blog sirr wa ikhlas , "mu tlepas tren ko?" hahahah

bukan tlepas tapi aku naik keto sokmo , jarang doh naik train..hahahha

blogging ni aku lamo doh try2. dulu first time blog friendster

tapi sebab sokmo nak tulis skema, bajet tulisan serupo syeikh2 besar maka tulis2, bace jadi tak sedap maka stop lah sebab amik byk maso..nk buat ayat sedap.

pastu ade sa blog ni..aku pun dah x ingat doh..tulis2..tinggal jugok..

bile dah tahun2 ngelast ni tibe2 rajin pulok nk tulis..tulis bende x skema la..hahahha..

Wednesday 3 December 2008

finally..

tono and azim bersama UZAR(huwaa..aku pun nak bergambar jugak,woooo woo)

tono and azim bersama UZAR(huwaa..aku pun nak bergambar jugak,woooo woo)

------------------------------------

akhirnya kyo mengalah dan publish gambar aku sama UZAR..dgn erti kata lain aku bgambar dgn 2 tokoh sunnah pd hari yg sama..hahahaa

----------------------

UZAR tulis pasal ketibaan Dr MAZA..

Dr MAZA nak duk notts? betol ke yo??

Tuesday 2 December 2008

GAMBAR dgn Dr MAZA..hehehe

salam..

dari blog keyo..
----------------------------------

Kami dari team Notts telah menghantar satu delegasi untuk menyambut bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin(www.drmaza.com/home) di Heathrow London Airport.. alhamdulillah kami berpeluang untuk bertemu dengan 2 orang tokoh ternama dalam masa yang sama iaitu Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, www.zaharuddin.net

Tidak dilupakan juga ustaz Khairi yang datang dari Oxford.. hampir sejam lebih jugak kami menunggu di airport kerana delegasi Lampeter tersekat dalam trafficjam..hampir2 sahaja dr maza nak pegi ke Oxford kerana dah lama sangat dorang tak sampai2 lagi.. tapi kami masih sabar menanti.. dan kesabaran itu berbalas dengan kedatangan UZAR dan rakan-rakan lewat pukul 6 lebih..

team notts bersama dr maza

team notts bersama dr maza

p

dr maza dan rakan-rakan khusyuk mendengar ceramah ustaz keyo,haha :p

dr maza berpuas hati dengan ceramah ustaz keyo

dr maza berpuas hati dengan ceramah ustaz keyo

ustaz khairi dari Oxford(tengah) dan Farhan

ustaz khairi dari Oxford(tengah) dan Farhan

akhirnya,delegasi Lampeter tiba

akhirnya,delegasi Lampeter tiba

p

pertentangan mata antara dr maza n UZAR,hehe :p

Dr MAZA dan UZAR

Dr MAZA dan UZAR

bertolak pulang..

bertolak pulang..

itulah sahaja coretan kami sepanjang di Heathrow.. selamat datang kami ucapkan kepada beliau..

wslm

p/s:sakit kepala yg agak teruk semalam.. si azim asyik duk nak mintak gambar je.. sabor2 la ye.. tak lari ke mana pun gambar-gambar tuh..hehe

-------------------------------------------

gambar hok takdok.gambar aku dgn UZAR..


kyo jeles..die x buh dlm blog die..hahah..dahla ekploitasi gambar2 tu..

Monday 1 December 2008

Die sapa doh..

salam..

alhamdulillah..die selamat sapa Heathrow airport tadi..sek aku pulok lewat tapi UZAR dgn sek2 Lampeter lagi lewat..hahahha...paling awal skali syeikh Khairi n farhan dari Oxford..

first time jupo dio..mmg byk senyap dari kecek..maybe die pung letih..malah ah nk tye mace2..

tapi rugi jugok tak ta'aruf sungguh2 tadi..RUGIII!!aaaaaaaa!!!

tunggu gambar2 sek aku..hahahah..

hari last bsama Dr MAZA..



khalas...

Sunday 30 November 2008

aku toksey doh!

ade tgk so video tuan guru..

die oyak dlm ceramoh dio "tiko mu gagoh, mu hambat aku tengoh ceramoh"..



AKU NK OYAK NIH!!!

"TIKO AKU AJAK MU TOK MARI, KALU X AJOK MU MAROH!"

sungguh..aku x pehe..

p/s : "geghang aku!!" kate omar(anak UQY).

SARAWAK barisan hadapan kita!!!

salam..

wahhhh!!!DS Anwar Ibrahim pung oyak Serawok ni barisan hadapan kalau nk gi Putrajaya..



nk wat gano..mmg lubuk undi..BN buleh mng pung nasib baik jah sebab ramai lagi org2 serawok miss-info..

Ape lagi sek2 dakwah??kalu DS Anwar pun napok potensi serawok..kito takkanlah x napok lagi..mari pakat2 gi serawok..bina rijal2..hahaha..

p/s : pakcik ni mmg sedap die kecek..cikgu debate aku dulu tiru die bulat2..

Thursday 27 November 2008

Promote Blog orang..

salam..

aku ni pemalas nk tulih dlm blog ni..walaupun aku buleh tulih ikut suko aku..

paling best bace blog orang lain sebab mu takyoh tulih..mu bace jah..pastu komen..hahhaha..

la ni aku sokmo gi BLOG KEYO

dah la name blog emas..mmg tauke emas sungguh..kalu ade sape2 minat sile la oyak dio..dio buleh buat seminar emas slalu..

so lagi sebab aku malas nk tulis nnt kene jadi skema mcm keyo..tulih dlm bahasa standard..aku ni suko tulih dlm dialek klate walaupun aku asal serawok..hahahah..

keyo ni saing aku dari kolej..kire dah 5 thn saing..thn depan x jupo doh dio insyaALLAH..nk siap dio jadi mas'ul sini..siap mu yo.. "Waa'eiddu..!"

ngatuk doh..tidu la..


Thursday 13 November 2008

LIAT

Anda punya rahsia atau petua bagaimana melembutkan daging yang liat? Saya punya, yang entah benar entah tidak. Ini kerana saya sendiri tidak pernah mencubanya, saya sendiri tidak di”turunkan” petua ini kepada saya. Tetapi saya merungkai petua melunak lembutkan daging liat ini lewat pemerhatian saya, terhadap masakan dan kaedah yang digunakan oleh ibu saya tiap kali berhadapan dengan daging yang liat.

Petuanya mudah saja. Anda rendamkan dan rebuskan daging itu di dalam air. Maka lunaklah ia -insyaALLAH. Adakah petua menghilangkan keliatan daging yang saya kemukan ini benar? Adakah anda setuju dengan petua saya?

Begitulah menghadapi keliatan manusia. Manusia -pada ketikanya- akan liat untuk bangun tahajud. Liat untuk bangun solat Subuh. Bahkan terlebih liat untuk bangun mempertahan dan memperjuangkan kemuliaan dan eksistensi agamanya. Maka, bagaimana caranya melunakkan rasa liat ini?

Rendamkanlah dirimu dalam “air” yang memang sifatnya melembutkan. Kalau selama ini sang daging bercengkarama dengan keliatannya di atas darat, maka ianya bisa dirungkai tatkala ia menghadapi hidup di dalam air. Segeralah cari “air” bagi memulakan kehidupan barumu. Air itu berupa suasana beragama, suasana tarbiyah, suasana zikir dan fikir.

Itulah sebabnya Nabi SAW dirunkan ke persada bumi ini, guna untuk mensucikan (tazkiyah) relung-relung hati manusia, selain mentilawah membacakan ayat-ayat ALLAH kepada mereka dan mengajarkan buat mereka khazanah ilmu dan hikmah (Surah 62:2).

Itulah sebabnya, Nabi SAW sudah memperingatkan betapa seketul daging di dalam tubuh anak Adam itulah yang menentukan liat tak liatnya ia kepada kebaikan dan kebenaran, atau lemahnya ia hingga melutut kepada gudang kemaksiatan.

Ini kerana hati itu bisa keras, maka lembutkanlah ia dengan zikrullah. Lunakkanlah ia dengan tilawah. Suburkanlah ia dengan tarbiyah, berbaja dan bersiramkan ukhuwwah islamiyah. Segeralah masuk ke jeram air itu, agar kita jauh dari pancingan syahwat. Benarlah dikau duhai Imam as-Syafi’e; “sibukkanlah dirimu dengan ibadah, jika tidak, engkau akan disibukkan dengan maksiat.”


Dari blog Tadabbur al-Muhandis