Tuesday 22 December 2009

PMR

salam..

result PMR dah dekat...berdebar x?

Hussein : hehe..bleh la.doakan la..

Falah : wasalam..wowo..cuak ooo...

Hafizi : Ntah, debar la sikit..

Firdaus : Sikit2 la

Amin : X sangat sebab ana tgh camping ni..

Imad : Bley la..hehe..

----------moga semua dapat result cemerlang iA-----------

Friday 18 December 2009

Azim oh Azim...


Alhamdulillah..Azim dah menamatkan zaman bujangnya petang tadi selepas asar di masjid Proton..walaupun kene dengar lecture tok kadi selama 15 minit (tidak termasuk muqaddimah dan isi borang2 berkaitan mungkin dlm 30 minit ke 1 jam)..Teringat mase2 kt UK arwah Arep, Fathi dan Azim duk adjust tarikh walimah supaya x clash..

mudah-mudahan Allah kurniakan jannah utk Arep dan ketabahan utk ukhti Teh..dan semoga Azim & Miza makin maju dan laju dalam DnT lepas nikah ni..insyaAllah..sedikit gambar dari tempat kejadian.

Azim yg happy selepas keluar dari kelab bujang....
Hikmat dan Firdaus kene puasa banyak2 lagi..hahaha..
family azim..mak azim pakai baju kuning..die ingat lagi name aku..terharu..



ceramoh yg lame..xkan aku pun lame mcm ni jugak nnt..

sign mende ntah

Friday 11 December 2009

Innalillah..

Sesungguhnya hari ini, 11 December 2009 bersamaan 24 Zulhijjah 1430 Hijrah. Akhi Mohd Ariff Kader (kiri sekali) telah meninggalkan kita semua.

Bukanlah kematian itu yang kita takuti tapi yang lebih kita takuti adalah azab yang mungkin menanti lantaran sedikitnya amal utk dipersembahkan di depan Allah s.w.t kelak.

Moga Allah mencucuri rahmatNya atas Ariff dan kedua ibu bapanya. Dan moga2 Allah kumpulkan dia bersama para syuhada.

Pengantin baru antara 4 maut dalam nahas kereta-bas


KANGAR: Seorang pengantin lelaki yang baru empat jam bernikah adalah antara empat orang yang terbunuh dalam kemalangan membabitkan pertembungan sebuah kereta dan bas di Kilometer 7, Jalan Kangar-Padang Besar hari ini.

Timbalan Ketua Polis Perlis, ACP Zull Aznam Harun, berkata pengantin yang terbunuh dalam kejadian pada 1.05 tengah hari itu dikenali sebagai Mohd Ariff Abdul Kadir, 23, seorang jurutera.

Turut terbunuh ialah ibu bapa Mohd Ariff iaitu Abdul Kadir Awang, 53, dan Aspah Osman, 58 serta seorang jurugambar, Mohd Farhan Musa, 18, yang juga rakan Mohd Ariff.

Katanya, semua mangsa yang menetap di Taman Melati Indah dekat sini sedang dalam perjalanan pulang daripada majlis akad nikah di Anak Bukit, Kedah.

Mereka terbunuh di tempat kejadian manakala 27 penumpang serta pemandu bas yang datang dari arah bertentangan menghala Kangar tidak mengalami sebarang kecederaan.

Zull Aznam berkata, tayar kereta yang dipandu Abdul Kadir, seorang pesara pembantu makmal Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra itu, dipercayai pancit menyebabkan kenderaan yang sedang menghala arah Beseri itu tidak dapat dikawal lalu bertembung dengan bas pesiaran yang membawa pelancong dari Selangor itu.

"Kami masih menyiasat punca kejadian. Pemandu bas itu juga telah direkodkan kenyataannya," katanya semasa ditemui di rumah mayat Hospital Tuanku Fauziah (HTF) hari ini.

Sementara itu, suasana pilu menyelubungi rumah mayat hospital itu apabila dibanjiri ratusan sanak saudara mangsa manakala di rumah mangsa di Taman Melati Indah turut dipenuhi orang ramai.

Kerja gotong royong untuk mendirikan khemah kenduri untuk majlis perkahwinan Mohd Ariff dan pasangannya, Teh Afifah Shahirah Abdul Hamid, 23, dibatalkan.

Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Perlis, Jamsari Jamaluddin, yang juga jiran kepada mangsa berkata semua mangsa sedang dalam perjalanan pulang daripada majlis akad nikah di Anak Bukit dan majlis kenduri perkahwinan Mohd Ariff dijadualkan Ahad ini. - Bernama

Monday 16 November 2009

[serial nikah] : Prolog

Aku menulis untuk bukan sekadar ‘tuk memberitahu
Kerana ini semua, kalian bahkan terlebih tahu
Tetapi, aku menulis agar kalian sedar
Betapa an-nikah, justeru adalah perkara besar
Jangan fikir ia hanya membabitkan dua jiwa
Bahkan ia penyatu dua keluarga
Bahkan ia bisa menjadi role-model untuk umat kita
Bahkan ia membawa dan menyebarkan bahgia
Bahkan ia menjadi ubat serta penawar duka
Maka, janganlah sampai ada yang kecewa
Terutama sekali keluarga tercinta
Hanya untuk bahagia dua jiwa

rafidah_halip_nikah_1

Faridul Farhan

Tuesday 10 November 2009

JOM!!

“Penyakit umat ini ialah lemah akhlak, hilang idola hakiki, mengutamakan kepentingan peribadi melebihi kepentingan awam atau umat, pengecut dalam berhadapan dengan realiti, lari dari tugas-tugas mengubati penyakit masyarakat dan perpecahan yang dibenci Allah. Adapun ubatnya pula ialah mengubati jiwa-jiwa dan membangunkan akhlak orang ramai. Firman Allah swt bermaksud, “Berjayalah orang yang membersihkannya (jiwa) dan sungguh binasalah orang yang mengotorinya” (Surah Asy-Syams)” [Hasan Al-Banna]

JOM join tarbiyah!!!!

Monday 28 September 2009

Di Titik Lemah Ujian Datang

"Tanyakan pada mereka tentang negeri di tepi pantai, ketika mereka melampaui batas aturan Allah di hari sabtu, ketika ikan-ikan buruan mereka datang melimpah-limpah pada Sabtu dan di hari mereka tidak bersabtu ikan-ikan itu tiada datang. Demikianlah kami uji mereka kerana kefasikan mereka"(Al-a'raf : 163)

Secara lansung tema ayat ini tentang sikap dan kewajiban amar ma'ruf nahi mungkar. Tetapi ada nuansa lain yang menambah kekayaan wawasan kita. Ini terkait dengan ujian.

Waktu ujian itu tidak pernah lebih panjang daripada waktu hari belajar, tetapi banyak orang tak sabar menghadapi ujian, seakan sepanjang hanya ujian sahaja dan sedikit hari untuk belajar. Ujian kesabaran, keikhlasan, keteguhan dalam berdakwah lebih sedikit waktunya dibanding berbagai kenikmatan hidup yang kita rasakan. Kalau ada sekolah yang waktu ujiannya lebih banyak dari hari belajarnya, maka sekolah tersebut dianggap gila. Selebih dari ujian-ujian kesulitan, kenikmatan itu sendiri adalah ujian. Bahkan alhamdulillah rata-rata kader dakwah sekarang secara ekonomi semakin lebih baik. Ini tidak menafikan (sedikit)mereka yang roda ekonominya sedang dibawah. Tatkala poket kekeringan dan sumber ekonomi pun belum jelas kelihatan, tatkala itulah semboyan dakwah memanggil di samping komitmen-komiten lain yang membutuhkan wang ringgit.

Boleh sahaja menolak seruan dengan alasan ingin kaya dulu, kerana orang kaya suaranya didengar orang dan kalau berdakwah, dakwahnya diterima. Tapi takut-takut nanti bila sudah kaya, kaya begitu sahaja. Begitu juga dengan yang beralasan mau study dulu, mau bekerja dulu yang akhirnya sampai sudah ada cucu baru ketemu wajahnya di masjid atau surau.

Ternyata kita temukan kuncinya, "Demikianlah Kami uji mereka kerana sebab kefasikan mereka". Nampaknya Allah hanya menguji kita mulai pada titik yang paling lemah. Mereka malas kerana pada hari sabtu yang seharusnya dipakai untuk ibadah, justru ikan datang, pada hari jumaaat jam 11.50 datang pelanggan ke kedai. Pada saat-saat jam dakwah datang orang menyibukkan mereka dengan berbagai cara. Tapi kalau mereka bisa melewatinya dengan azam yang kuat, seperti kapal pemecah ais. Bila kapal itu diam salju itu tak akan menyingkir, tetapi ketika kapal itu maju, sang salju membiarkannya berlalu. Kita harus menerobos segala hal yang pahit seperti anak kecil yang belajar puasa, mau minum tahan dulu sampai maghrib. Kelazatan, kesenangan dan kepuasan yang tiada tara, kerana sudah berhasil melewati ujian dan cubaan sepanjang hari

-adaptasi dari tulisan Syaikhut Tarbiyah-

Tuesday 15 September 2009

Kematian HATI...

Banyak orang tertawa tanpa (mau) menyadari sang maut sedang mengintainya. Banyak orang cepat datang ke shaf shalat laiknya orang yang amat merindukan kekasih. Sayang ternyata ia datang tergesa-gesa hanya agar dapat segera pergi. Seperti penagih hutang yang kejam ia perlakukan Tuhannya.

Ada yang datang sekedar memenuhi tugas rutin mesin agama. Dingin, kering dan hampa,tanpa penghayatan. Hilang tak dicari, ada tak disyukuri. Dari jahil engkau disuruh berilmu dan tak ada idzin untuk berhenti hanya pada ilmu. Engkau dituntut beramal dengan ilmu yang ALLAH berikan. Tanpa itu alangkah besar kemurkaan ALLAH atasmu.

Tersanjungkah engkau yang pandai bercakap tentang keheningan senyap ditingkah rintih istighfar, kecupak air wudlu di dingin malam, lapar perut karena shiam atau kedalaman munajat dalam rakaat-rakaat panjang.

Tersanjungkah engkau dengan licin lidahmu bertutur, sementara dalam hatimu tak ada apa-apa. Kau kunyah mitos pemberian masyarakat dan sangka baik orang-orang berhati jernih, bahwa engkau adalah seorang saleh, alim, abid lagi mujahid, lalu puas meyakini itu tanpa rasa ngeri. Asshiddiq Abu Bakar Ra. Selalu gemetar saat dipuji orang. “Ya ALLAH, jadikan diriku lebih baik daripada sangkaan mereka, janganlah Engkau hukum aku karena ucapan mereka dan ampunilah daku lantaran ketidak tahuan mereka”, ucapnya lirih.

Ada orang bekerja keras dengan mengorbankan begitu banyak harta dan dana,lalu ia lupakan semua itu dan tak pernah mengenangnya lagi. Ada orang beramal besar dan selalu mengingat-ingatnya, bahkan sebagian menyebut-nyebutnya. Ada orang beramal sedikit dan mengklaim amalnya sangat banyak. Dan ada orang yang sama sekali tak pernah beramal, lalu merasa banyak amal dan menyalahkan orang yang beramal, karena kekurangan atau ketidak-sesuaian amal mereka dengan lamunan pribadinya, atau tidak mau kalah dan tertinggal di belakang para pejuang.

Mereka telah menukar kerja dengan kata. Dimana kau letakkan dirimu?

Saat kecil, engkau begitu takut gelap, suara dan segala yang asing. Begitu kerap engkau bergetar dan takut. Sesudah pengalaman dan ilmu makin bertambah, engkaupun berani tampil di depan seorang kaisar tanpa rasa gentar. Semua sudah jadi biasa, tanpa rasa.

Telah berapa hari engkau hidup dalam lumpur yang membunuh hatimu sehingga getarannya tak terasa lagi saat ma’siat menggodamu dan engkau meni’matinya? Malam-malam berharga berlalu tanpa satu rakaatpun kau kerjakan. Usia berkurang banyak tanpa jenjang kedewasaan ruhani meninggi. Rasa malu kepada ALLAH, dimana kau kubur dia?


KH Rahmat Abdullah

Thursday 9 July 2009

عمل

kata2 Ust Rahmat Abdullah ’sang murabbi’:

“Saya melihat satu simpul kata yang diucapkan Imam Syahid Hasan Al Banna, “Nahnu qaumun ‘amaliyun”. Kita adalah kaum yang berorientasi pada amal. Artinya da’wah jangan hanya berputar pada memperkatakan masalah. Bukankah juga orientasi qur’an mengajak orang untuk beramal. Sehingga gaya bahasa Qur’an secara umum tidak membuat orang itu melamun, tetapi bekerja, beramal. Di situlah Rasulullah berhasil membentuk sahabat, untuk merasakan kenikmatan ilmu itu dengan beramal.Sementara kegelisahan di mana-mana itu karena orang asyik berkutat pada teori. Bahkan da’inya –naudzubillah- kalau da’inya sudah kering otaknya, kering hatinya sehingga mereka lebih banyak menyerap hal-hal yang informatif dan teoritik tanpa seimbang dengan amaliyahnya, baik amaliyah jasadiyahmaupun qolbiyah. “

Thursday 4 June 2009

Pasar Demokrasi

New America, One Malaysia : KJ

Inilah pasar demokrasi(meminjam terma Fahri Hamzah) yg akhirnya disedari oleh KJ dan BN lewat 8Mac08 bahawa mereka tidak selama-lamanya akan memegang takhta kerajaan. Mana-mana partai politik yg diRASAkan oleh rakyat mampu memberi manfaat yang besar kepada mereka maka partai itulah yg akan menang. Sifir yg cukup mudah. Nampak seolah ada kesungguhan dari KJ utk perubahan segera berlaku dlm BN demi mengambil hati rakyat kerana baginya 4 tahun sebelum PRU seterusnya hanya sekadar 2 tahun utk perubahan besar-besaran berlaku dlm BN(UMNO terutama). Tahniah KJ kerana mengiktiraf kematangan pengundi lewat 8Mac08 lalu yg menggambarkan kematangan demokrasi.

Mungkin pertanyaan seterusnya utk difikirkn oleh KJ adalah adakah idea 'One Malaysia' DS Najib, PM kita ini akan mengubah sikap atau approach kerajaan dlm menangani isu rakyat?sebagaimana KJ meragui idea 'New America' Obama yg setakat ini senyap sahaja berkaitan isu Palestin.

Waulahualam..biarlah politisi dengan agenda2 mereka. Tidak dinafikan langkah yang mereka ambil akan meninggalkan kesan kpd rakyat(jika tidak banyak, sikit). Namun kerja2 perbaikan(islah) individu dan masyarakat harus terus berjalan tanpa henti walau apa jenis tsunami pun yg melanda ekonomi dan politik negara.

Ke arah membina rijal yg jiwanya penuh dengan Inqilab jahiliyyah..

Wednesday 3 June 2009

Aku Ingin Berbicara dengan Kamu Tentang Hati (2)

Pagi yg cukup indah. Walaupun cerah tapi bahang mentari tidak terasa. suasana yg cukup nyaman itu mengingatkan lebai Man akan suasana summer di United Kingdom yg telah lama dia tinggalkan. angin sepoi2 bahasa yg tadi memukul muka dengan perlahan semakin deras apabila Pak Leman mula memecut. Lebai Man yg membonceng Pak Leman menikmati pagi yg indah kurniaan Allah itu dengan penuh kesyukuran, mindanya berada di United Kingdom menelusuri kenangan Summer Camp MSM dulu2. Celoteh Pak Leman sekadar lalu2 sahaja di telinganya, kekadang terdengar dia butir2 kata Pak Leman lalu terus dia 'iya' kan. Kesian Pak Leman, letih dia bercerita sambil mengemudi motor kapcai lagi tu, boleh pulak Lebai Man buat tak endah.

Lalu sahaja mereka di hadapan warung Pak Wok, Wak Jiman sudah pelik, berkedut dahinya yg memang penuh kedut melihat kemesraan Pak Leman dan Lebai Man.

"Aik! baik semacam je.." getus Wak Jiman perlahan. Pak Wok yg mendengar dan melihat kedutan wajah Wak Jiman hanya tersenyum seolah-olah tahu apa yg telah berlaku terhadap keduanya.

Masakan tidak tahu, teringat Pak Wok ketika Lebai Man menegurnya dulu supaya menukar rancangan gusti WWE yang menjadi bahan tontonan asasi di warung itu. Hampir sahaja menjadi makanan asasi kerana ada juga yang datang hanya untuk menonton gusti, makan tidak minum pun kadang2 tidak. Gusti dan dam aji, waqi'(suasana biasa) warung melayu, kalau advance sikit mungkin ada carom. Teguran Lebai Man itu pada fikiran Pak Wok seolah2 mahu menutup tarikan utama warungnya, ditambah lagi faktor senioriti dan egoistik yg penuh kejantanan, naik berang Pak Wok. Terus dimarahinya Lebai Man on the spot, "nak ajar aku pulak..kamu tu baru je dekat sini tak sampai setahun!", waktu itu Lebai Man baru sahaja 9 bulan berada di kampung itu setelah lama berkelana di Mesir. Lebai Man terus minta maaf tapi Pak Wok menunjukkan kekerasan kepalanya, dia buat dek saja.

Disinilah mula terserlah hasil tarbiyah yg diterima Lebai Man sewaktu berada di UK dan Mesir, setiap hari sejak hari itu ada sahaja hadiah berbentuk makanan atau pertolongan yg diberikan kepada Pak Wok sebagai tanda minta maaf apatah lagi apabila anak sulung Pak Wok dalam proses melanjutkan pelajaran ke United Kingdom, semuanya diuruskan oleh Lebai Man. Lebai Man tidak pernah mengulang2 kejadian di mana dia ditempelak oleh Pak Wok, baktinya ikhlas , balasan Allah lah yg diharapkannya. Lagi pun anak sulung Pak Wok sangat rapat dengannya, anak usrahlah katakan....berlepas sahaja anaknya ke UK, Pak Wok speechless..kereta yg sedang dinaikinya untuk balik ke kampung pun kereta Lebai Man..malu, kalau ikut peribahasa melayu, x ubah macam jilat ludah sendiri..cukup jijik...itulah perasaan Pak Wok sepanjang perjalanan..Selesai sahaja solat di RnR, Pak Wok terus memegang tangan Lebai Man dan meminta maaf atas kekasarannya dulu. Lebai Man buat2 cool sambil senyum dan meng'iya'kan sahaja permintaan Pak Wok. Dia pun sudah tidak berapa ingat kejadian itu.

Lebai Man terus mengambil kesempatan itu bercerita berkenaan kepentingan memberi manfaat kepada org lain. Diceritakannya kisah2 dlm Al-Quran, hadis2, kisah2 sahabat dan dikaitkan dengan gusti WWE. Memang terkena sungguh Pak Wok kali ini, tapi kali ini dia menerima dengan hati yg terbuka. Pandangannya terhadap Lebai Man sudah berubah tidak seperti dulu. Tidak lama selepas itu, tontonan warung Pak Wok cukup berbeza, samada video2 ceramah Ust Shamsuri atau dokumentari berkenaan keindahan alam ciptaan Allah drpd Discovery Channel atau National Geoghraphic. dan kadang2 dari HarunYahya. Walaupun pada mulanya geng2 retired bising2 tapi semuanya kemudian senyap, mereka mendapat banyak manfaat drpd kuliah Ust Shamsuri dan jugak video2 lain. Lagipun mereka hanya sebahagian daripada pelanggan Pak Wok yang ramai..nak bising2 pulak..

"Pak Wok!berapa ni?ooo Pak Wok!", lamunan Pak Wok terhenti, panggilan Cikgu Bakri yg nampak bergegas potong stim betol. Semua imej2 kenangan indah perkenalan dengan Lebai Man hilang lesap dek panggilan Cikgu Bakri. Memang potong stim..Pak Wok mengagak perkara yang lebih kurang sama terjadi kepada Pak Leman cuma mungkin episodnya lebih pendek.

TBC...

Friday 1 May 2009

أريد أن أتحدّث عن ألقلب

"sikit2 ckp pasal hati!!sikit2 hati!takde bende lain ke?"

bentak Pak Leman sambil menghentak meja. Marah benar die dengan Lebai Man kali ini. kemarahan yg mungkin dah lama die pendam. Muak dengan hujah stereotaip Lebai Man yg mahu segala masalah diselesaikan bermula dengan membersihkan hati. Letih Pak Leman bercerita dari masalah masyarakat kepada masalah negara, dari krisis dalaman parti politik hingga ke krisis ekonomi dunia..tup..tup..respon Lebai Man "bersihkan hati..". Apa lagi, meletuplah gunung berapi. Habis semua semangat Pak Leman lumpuh, semangat nk meneruskan hujah ala-ala membentang usul di Parlimen habis koyak rabak dek hujah simplistik Lebai Man. Kini, semangat nk marah pula membuak-buak. Nasib baik Pak Leman tidak ikut anaknya berlatih karatedo. Kalau tidak, mungkin sudah patah 8 meja warong Pak Wok. Dan selepas itu mungkin kepala Pak Leman pula yg akan kena karate oleh Pak Wok.

Terkejut dengan bentakan Pak Leman, Lebai Man buat2 cool, seluk poketnya dan kemudian meletakkan seringgit di sebelah cawan kopi. Lebai Man berdiri dan keluar dari warung. Dengan wajah yg sikit lagi nk jadi incredible hulk, Pak Leman berteriak lagi, "Nak pegi mane pulak tu?!aku tak habis lagi ni!!". Lebai Man yg buat2 cool pun jawab "aku nk pegi masjid, solat dhuha..jom la ikut sekali" sambil meneruskan langkahnya ke masjid, malas dia nk melayan kemarahan Pak Leman. Dia tahu apa2 jawapan kepada soalan Pak Leman hanya akan menjadi minyak yg akan memarakkan api. Solusi terbaik adalah menamatkan debat itu.

"Dah la tu Leman, pegi balik. Isteri kamu mesti tengah nunggu sayur yg kamu beli tu."

Pak Wok akhirnya bersuara. Selaku tuan punya tapak, dia ada kuasa veto menghentikn sebarang bentuk perbincangan. Pak Leman terus mengambil helmetnya, di tolaknya kerusi ke tepi dengan agak kasar hingga terkena lutut Wak Jiman. Wak Jiman meng'aduh' dalam hati, juga malas hendak memanjangkan bicara. Tambah2 Pak Wok sudah memberi signal kepada semua untuk menghentikan sesi Dewan pada pagi itu. Pak Leman beredar dengan motor kapcainya, bunyi deruman motor sudah membayangkan kemarahannya yg meluap-luap.

Selesai solat tahiyatul masjid, Lebai Man terus bangkit untuk solat dhuha. Dalam sujud dia berdoa agar dosanya diampuni,umat Palestin dan seluruh kaum muslimin sentiasa mendapat pertolongan Allah, hatinya sentiasa tetap(thabat), ibu bapanya sentiasa dirahmati, isteri dan anaknya sentiasa menjadi penyejuk mata,anak2 usrahnya sentiasa menjaga mutabaah amal, kerja2nya sentiasa dimudahkan, kejayaan sentiasa mengiringi ujian dunia dan akhirat, dia sentiasa dikurniakan kesihatan dan beberapa doa lagi. Sebelum memberi salam, diulang-ulang lagi doa tadi sambil jari telunjuknya bergerak-gerak. Itulah antara bentuk solat yg dipelajarinya melalui buku sifat solat Nabi s.a.w karangan Syeikh al-Albani. Pun begitu tidaklah dia pernah memarahi orang yg solat mengikut feqh As-Syafie.

Selepas memberi salam, dia terus beristighfar panjang sambil mengenang peristiwa tadi. Terasa menyesal, bukan kerana jawapannya tapi kerana membuka mulut tadi. Penyesalan itu terus bermain di fikirannya sambil mulut terkumat kamit menuturkan zikrullah. Usai zikrullah, dicapainya mushaf yang selalu menjadi bacaannya. Mushaf itu penuh dengan tanda2 lantaran setiap kali ada kupasan ayat oleh murabbi atau anak usrahnya atau org lain pasti beliau tandakan ayatnya. Kali ini beliau sedang menghabiskan juzuk 26. Salah satu mutabaah amal beliau adalah menghabiskan sejuzuk dari AQ setiap hari, Lebai Man menganggap itu tanggungjawab untuk meningkatkan diri. Masuk saja surah hujurat, Lebai Man sudah rasa semacam, hatinya bergetar. Diteruskan bacaan hingga ayat ke-9, memang betol2 kena batang hidung beliau, disambung ayat ke-10, terus menusuk jiwa. Ada tanda pada ayat 10, teringat beliau akan tazkirah murabbinya tentang bagaimana ranapnya kekuatan tentera Afghanistan kerana tiada ukhuwah antara mereka. Setelah berjaya menghalau Russia, kumpulan-kumpulan pejuang berperang pula sesama sendiri yg akhirnya membawa kepada kekuasaan Taliban. Teringat dia doa rabithah yg dibacanya subuh tadi sesudah membaca al-mathurat. Pun dia memohon tautan hati. Habis surah hujurat dibaca, Lebai Man termenung seketika dan beristighfar panjang..dalam hatinya

"Aku kena jumpa Leman.."

TBC..

Wednesday 22 April 2009

Aku Lemah..Mohon Maaf.


Maaf kepada ISOC kerana x mampu untuk hadir ke AGM..ampun banget..

bukan sengaja xnk datang..tapi melihatkan projek 3rd year yg diambang maut..tak tergamak nk dtg..

waktu2 kecederaan mcm ni email pun x bace betol2..bukak pun jarang2..YM apetah lagi..

ini waktu2 fitnah..

kalaulah boleh undi online..sure akan undi..

Jazakumullahu khairan katheera atas segala usaha anda(ISOC Comm) selama ini..

Sesungguhnya amal anda sangatlah besar nk bandingkn dgn amal aku..Subuh jemaah pun selalu miss..

Hanya Allah sahaja mampu balas..

SORI YG AMAT..

-pemuda lemah yg kurang amal-

Friday 3 April 2009

Evaluation..

jamek umawiy, dimasyq, syria..i've been here.

Setiap dakwah islam bila-bila masa pun hendaklah memulakan amalnya dari masjid. Dengannya diislahkan akidah, diajar adab-adab ta'amul islamiy. Dari sinilah segala neraca nilai-nilai lain seperti kebolehan menulis, kepetahan bercakap dan timbunan sijil-sijil akademik semuanya gugur secara automatik.

Inti kebaikan sebenarnya hanya berada pada kunjungan tetap ke masjid. Bekalan masjid adalah sebaik-baik bekalan untuk muntalaq. al-Hasan bin Ali bin Abi Talib r.a mengira-ngiranya dan berkata :

"Sesiapa yang sentiasa ke masjid, dia akan mendapat 8 sifat : Tanda yang meyakinkan, saudara yang berguna, ilmu yang dimiliki, rahmat yang menanti, kalimah yang menunjukkan jalan atau menghalangnya daripada kemusnahan, dan meninggalkan dosa samada kerana malu atau takut"
(Ibn Qutaybah, 'Uyun al-akhbar)

Pada hakikatnya, masjid adalah tempat fikrah yang satu, bersih, suci dan membetulkan segala penyelewengan masyarakat. Ia adalah pemikiran yang satu pada setiap kepala. Oleh itu, ia adalah penyelesaian yang satu terhadap segala permasalahan. Sama seperti sungai yang membelah bumi lalu bumi hanya berada di tebingnya tanpa mara lebih daripada itu, maka begitu juga masjid yang didirikan lalu bumi dengan segala pengertian tanah yang hina itu tidak dapat memasuki masjid kerana terhalang oleh dindingnya.
(al-Rafi'iy, Wahy al-Qalam)

"Masjid bukanlah sekadar binaan atau tempat seperti binaan dan tempat-tempat lain. Bahkan ia adalah membetulkan alam yang sentiasa bergelora disekitarnya. Hidup adalah sebab yang menjadikan manusia sesat, batil, berlumba-lumba, bermusuhan, konspirasi dan seumpamanya. Semua ini akan dapat dipadamkan oleh masjid, iaitu ketika orang ramai berkumpul beberapa kali setiap hari dalam keadaan dada yang sejahtera, hati yang suci bersih dan rohani jiwa yang tinggi. Masjid tidak dimasuki oleh kemanusiaan manusia melainkan dalam keadaan suci bersih. Seluruh tubuhnya daripada bahagian yang paling atas hingga ke bahagian yang paling bawah digenangi dengan syiar kesucian yang dinamakan sebagai wuduk yang menjadikan manusia seolah-olah membersihkan segala kesan-kesan kotoran dunia daripada seluruh anggotanya sebelum memasuki masjid"
(al-Rafi'iy, Wahy al-Qalam)

Petikan dari buku Raqaiq oleh Syeikh Ahmad Rasheed...

Friday 20 March 2009

aku dan kelompokku??

-----------------------------------------------------------------------------------------------

posting ini dilakukan atas dorongan syaitan yg sentiasa membisikkan hasutan ke hati2 insan, so dibuang isinya..

credit utk org jauh di utara..atas peringatan yg aku sendiri penah bg kt die..

-------------------------------------------------------------------------------
-aku hitung2 amalku..bisa masuk syurga atau tidak?-

Tuesday 17 March 2009

sedikit demi sedikit..

tangan gatal nak menulis..

Gabungan UMNO-PAS impian orang melayu

x-housemate , Atiq tulis kat status YM die lebih kurang bunyinya kalau UMNO dan PAS bergabung jadi United Muslim National Organisation..hahaha.. PAS pernah masuk dalam UMNO tahun 1974, dibawa masuk oleh Tun Razak. Seruan gabungan ini berkumandang sekali lagi selepas 8 Mac 2008 apabila ‘tsunami’ politik melanda malaysia.Kemenangan Pakatan Rakyat di Perak yang majority kerusinya dimenangi oleh DAP akhirnya menimbulkan kebimbangan UMNO akan nasib orang melayu (kata pemimpin utama mereka). UMNO mengajak PAS bergabung dengan mereka untuk membela nasib orang melayu, seruan yang sama juga kedengaran di Pulau (majority DAP). Apabila TGNA ditanya berkenaan hal ini katanya (sambil mengungkap hadis Nabi s.a.w) lebih kurang berbunyi ,janganlah kamu membiarkan diri kamu dipatuk ular 2 kali di lubang yang sama(merujuk penggabungan UMNO-PAS 1974). Wajarkah PAS masuk dalam UMNO semula?Biarlah isu PAS dibicarakan oleh orang PAS.Tidak cocok bagi orang di luar PAS membicarakannya, lebih-lebih lagi norma 'Wala' dan 'Bara' yang dianuti oleh kebanyakan pendokong gerakan politik Islam tidak akan membenarkan 'self criticism' dan juga 'akauntabiliti' dari pihak luar.(meminjam ayat Ust MM)

Namun, nasihat sister Nurzaffan Khalid (akak cendol) berkaitan malam sukaria mungkin berguna untuk PAS memandangkan kesnya lebih kurang sama. Membiarkan UMNO dipimpin oleh insan2 yang tidak tahu dan mungkin juga korup hanya akan menyebabkan mudarat yang lebih besar. Masuknya ahli-ahli PAS dalam UMNO dan bertanding untuk jawatan tertinggi akan mengurangkan mudarat yang ada. Malah boleh mencorakkan UMNO sekaligus secara sedikit demi sedikit perubahan positif boleh dilakukan. (zaff..belanja cendol..rase kene benar formula awak ni). Mungkin pemimpin2 PAS boleh mula memikirkan cadangan ini.

Baru2 ni DS Ali Rustam dilarang bertanding kerana terlibat politik wang, tidak ketinggalan KJ pun menerima amaran apabila didapati bersalah oleh lembaga disiplin UMNO. Mungkin inilah kesan kemasukan Ezam dalam UMNO. Dan satu petunjuk bahawa dalam UMNO masih ada yang benar2 berjuang atas dasar prinsip, kalau tidak masakan muncul laporan2 ini dalam utusan malaysia lagi tu.

waulahualam...

Monday 16 March 2009

Dakwah di atas jalan-Nya

dalil: AQT 3:104, [Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar]

AQT 9. 71. [Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar,]

AQ melarang kita mendokong kemaksiatan..dalil:

AQT 5:02 ( Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.)


Bagi yang memikirkan dakwah ini adalah seperti yang kehendakinya, hentikanlah..

Dakwah perlu berjalan mengikut telunjuk Allah dan Rasul-Nya..

Tidaklah ia(dakwah) berjalan mengikut kehendak daie yg memandunya..

Sesungguhnya ar-Rasul s.a.w telah meninggalkan AQ, Hadis dan sirah baginda..

Pelajarilah..sebagai bekalan di jalan ini..

Bayangkan sahaja tatkala ar-Rasul bersama kita berada di tempat yang kita RASA kita sedang berdakwah, adakah beliau akan memuji atau memarahi?

Betapa indahnya islam, dari dalam(niat) ke luar(amalan) , semua dipelihara agar menepati kehendak-Nya.
------------------------------------------------
Isi ini jugak dibuang...bimbang2 hati dikotori..
----------------------------------------------------
waulahualam..

Sunday 8 March 2009

“Partai Islam Partai Malaikat, Itu Penipuan"

“Kalau Islam disebut partai malaikat, itu penipuan. Tujuannya supaya orang Islam menjadi kerdil dan tidak punya partai besar,” kata dia. “Kan tidak ada yang bisa jadi malaikat.”

VIVAnews – Memisahkan konsep partai politik antara Islam dan nasionalis dinilai sudah tidak relevan. Karena realitas politik di Indonesia menunjukkan bahwa dua kekuatan itu sudah bergeser dan saling melebur. “Seharusnya memang ada dua kekuatan besar itu untuk koalisi secara signifikan. Tapi hal itu juga kami pertanyakan,” kata Fahri Hamzah, Wakil Sekretaris Jenderal Partai Keadilan Sejahtera, di Jakarta. Konsep Islam dan nasionalis dinilai hanya merupakan identifikasi untuk menjelaskan partai dengan masa lalunya. Itu sebabnya, Fahri mengatakan rancangan Islam dan nasionalis bukan merupakan otak ideologi yang sama sekali tidak dapat disatukan. Dikotomi seperti itulah yang dinilai memunculkan pandangan bahwa partai Islam adalah partai malaikat. Dan partai nasionalis adalah partai iblis. Fahri tidak sepakat dengan penggambaran konsep semacam itu. Dia menilai pandangan model itu justru akan memerosotkan perkembangan partai Islam. “Kalau Islam disebut partai malaikat, itu penipuan. Tujuannya supaya orang Islam menjadi kerdil dan tidak punya partai besar,” kata dia. “Kan tidak ada yang bisa jadi malaikat.” Sebaliknya, simbol bahwa partai nasionalis adalah partai iblis juga dinilai tidak benar. Pandangan semacam itu menurut Fahri merupakan penyesatan. Dampaknya ialah orang Islam otomatis menolak bekerjasama dengan kelompok nasionalis. Itulah sebabnya Fahri sepakat pandangan yang membagi dua kelompok yang seolah-olah tidak dapat disatukan itu dihilangkan. “Yang disebut Islam adalah Islam moderat yang longgar. Dan yang nasionalis juga seperti itu, nasionalis yang moderat dan longgar.” • VIVAnews

sumber

kebenaran islam tidak menjadikan partai islam itu benar. Ia sungguh, suatu yang berbeza. Sucinya islam tidak akan menjadikan partai islam suci dari kesalahan dan kritikan. corak fikir "kami partai islam, maka kamu mesti undi kami.fullstop." dan yang seumpama dengannya sungguh suatu yang menjijikkan seolah2 tingginya partai itu setinggi islam. Ia meletakkan muslim seolah-olah jika tidak memangkah partai islam= tidak yakin dengan islam. wujudnya elemen manusiawi yang tidak maksum menjadikan setiap partai islam bisa sahaja menginterpretasi teksual islam menurut kemahuan dan kepentingan masing2. Dan bisa sahaja ada interpretasi yang berbeza pada teks yang sama yang membezakan percaturan politik. Maksudnya wujud khilaf(perbezaan) yg pasti tidak diketahui mana satu yang lebih betul. Kebenaran yang pasti milik Allah. Hatta partai nasionalis bisa sahaja langkahnya lebih islam dari partai islam jika kita menumpukan kepada isi(substance) yang menepati kehendak islam lebih daripada slogan retorik atau kulit (form). [ini bukan kempen partai nasionalis!].





Wednesday 4 March 2009

DSAI



Terjumpa kenangan DSAI sewaktu bersama UMNO dulu-dulu..

Teringin sangat nak mengulas isu politik..nnt iA..

Sunday 15 February 2009

Apa itu Qa'idah sulbah?

Qa'idah Sulbah dalam bahasa melayu mungkin bermaksud tulang belakang.

Dalam bahasa inggeris mungkin bermaksud "main-team".

saya minat sungguh bola sepak sejak sekolah menengah.saje cari gambar lame France yang ade Zidane

Anda minat bola sepak?
Dalam sebuah team bola sepak ... ada team a, team b dan seterusnya.
Ada "main team", "reserve team" dan seterusnya.
Ada pemain utama, pemain simpanan, pasukan pelapis dan seterusnya.

Qa'idah Sulbah dalam dakwah adalah ibarat main-team dalam pasukan bola sepak.
Mereka adalah orang-orang yang menjadi tulang belakang dalam main team untuk memenangi sebuah perlawanan dengan melaksanakan strategi yang telah dirancang.

Andai anda seorang pemain bola sepak?
Dimanakah kedudukan anda dalam pasukan tersebut?
Apakah peranan anda dalam pasukan tersebut?

Adakah anda mahu@telah menyertai pasukan dakwah?
Apakah kedudukan anda dalam pasukan dakwah tersebut?
Apakah peranan anda dalam pasukan tersebut?

SUMBER...

tubaaa...


anda setuju?

insyaAllah, saya setuju...

alhamdulillah..

Sunday 8 February 2009

Politik Perak : Kemelut Berjuang Tanpa Manhaj

politik-perak1

Sebelum 16/9/2008 (Hari Malaysia) lalu, DS Anwar Ibrahim (PKR) cuba melompatkan wakil-wakil rakyat BN ke PR. Hari ini DS Najib Razak (UMNO) berjaya melompatkan wakil-wakil rakyat PR ke BN. Hasrat dan keputusan majoriti rakyat di kawasan pilihanraya berkenaan diketepikan, bahkan dihampakan.

Bila kita menyebut pentingnya Tarbiyah (mendidik) diri, keluarga dan masyarakat terlebih dahulu (lihat Amal 7), melebihi kepentingan politik kepartaian, ramai yang menyanggah dengan berbagai hujah seperti lambat, realiti Malaysia berbeza, keadaan dah mendesak dsb. Tidak kurang yang menyerang dengan kata-kata kolot, tidak pandai selok belok pengurusan dan strategi, sufi dll.

Seterusnya....

Tuesday 3 February 2009

Indoctrinated


I went to Birmingham last weekend.for a course.I want to write about it so badly..but I think he had done most of it..although there's more to add on but I think its pretty much said..plus i'm not good at all in writing..not a bit..so enjoy..

Malayan Dilemma...

p/s : we share the same thought about the course

Wednesday 28 January 2009

Lihat Dengar Rasakan


lIhAt dEngAr rAsAkAn - shEIlA On 7

Dia telah berdiri, coba berlari

Tak pernah dia jelang hidup yang inginkan

Kilau hari-hari dan birunya langit

Terhapus rasa indah, terpejam oleh lelah

Dalam lelahnya mata nikmat dunia menjelma

Sejenak dia berharap malam tanpa batas

Bunda selalu tanamkan jangan pernah meyerah

Jalani dan panjatkan, kelak syukur kau ucapkan

Pada diri Nya ku mohonkan

Mudahkan hidupnya, hiasi dengan belai-Mu

Sucikan tangan-tangan yang memegang erat harta

Terangi harinya dengan lembut mentari-Mu

Buka genggaman yang telah menjadi hak mereka



Monday 26 January 2009

2 Face

Sebaik-baik kita pasti ada buruk dalam jiwa, seburuk-buruk manusia pasti ada baik dalam diri dia. Ini semua fitrah, pada diri manusia itu Allah kurniakan 2 jalan."...fujuraha wa taqwaha". Setiap jiwa itu ada tarikan hizb-Allah dan hizb-syaitan. Makin jauh dari islam makin kuat hizb-syaitan, makin dekat dengan islam, makin kuat hizb-Allah.(hizb = kumpulan).Sebab itu amat wajar untuk kita sentiasa merendah diri, muhasabah diri memikirkan dosa. Bersabar dan berlapang dada atas setiap ejekan dan sindiran terhadap fikrah yang kita pegang. Bagi tips kt orang lain supaya tasammuh dan bersabar sebenarnya refleks diri sendiri untuk "walk the talk". Allah benci orang yang tak buat apa yang dia cakap."kabura Maqtan 'indallah..."


Tak lama dulu sebelum exam, DS Shahidan Kassim datang melawat Nottingham di rumah abg Azman, Penghulu NMC. Bersama beliau Dr MAZA dan ust MM(Maszlee Malik). Program anjuran kelab UMNO Notts, Presidennya Sarip.

Bagi sesetengah orang, disebabkan track record buruk UMNO dan pemimpinnya, DS Shahidan pun kene sekali. Bermulalah sangkaan2, datangnya DS untuk dapatkan pengaruh balik sebab dah tak jadi MB Perlis, datang UK dengan duit rakyat, duit sapelah die bagi kt penghulu dan macam-macam lagi. Apa2 yang datang dari UMNO, semua busuk walaupun bende tu baik. Astaghfirullah.Apatah lagi kalu cara fikir macam ni datang dari kita yang ckp pasal dakwah. Nau'zubillah..

DS bersama-sama Dr MAZA dan ust MM pada hari tersebut bercerita pasal islam, tajdid dan sunnah. Tak wujud unsur-unsur kempen UMNO BN. Dan lebih best lagi DS guna 'ana enta'.(DS amik exam arab masa jadi MB dulu). Bukan nak membodek tapi yang baik kene benarkan. Tapi tak bermakna ini semua menutup mata kita untuk membuat koreksi terhadap UMNO BN."kullu bani adam khattauun..". Setiap orang buat salah, itulah insan.

Ya Allah..final semester dah stat, kekalkan aku pada jalan Rasul-Mu, jgnlah lidah dan tanganku bawa mudarat pada orang lain. Bantulah mujahidin di Ghazzah...ameen.


Monday 19 January 2009

Khaled Meshaal kecek....



penulis tidak paham melainkan sangat sedikit..

sudilah kiranya sesiapa yang merayap ke blog ini dan bisa paham bahasa arab untuk translate ke english or malay..

-bi ruh bi dam nafdik ya ghazzah-

Wednesday 14 January 2009

HAMAS want Peace!!

There is a need to explain HAMAS' stand on the proposed ceasefire by the UN. The security council has passed the resolution 1860 unanimously (or by margin 14-0) with the USIsrael to stop any kind of attack. abstaining.The resolution needs both parties ie HAMAS and the

Khaled Meshal adamantly stated HAMAS stand to reject the conditions for the ceasefire.

  • We have to make known that HAMAS did not reject the ceasefire but rather the conditions of the ceasefire. This is to deny any claims that HAMAS is not interested in creating peace and ensuring the safety of the public.
  • HAMAS is ready to stop any rocket attack as required from resolution 1860 only when Israel move back all of their troops from Gaza and open all borders and gates to Gaza (including Rafah border in Egypt). These are the reasons of the resistance from HAMAS and the Palestinian. Do not forget that Gaza had been blocked(economically and militarily) since 18 month ago which led to a great humanity crisis.
  • Accepting the ceasefire regulations certified by UN means going back to status quo which is Gaza will be under blockade again. Gaza will continue to suffer from humanity crisis. Dr Yusuf al-Qaradhawi a well-known scholar said that the people in Gaza have 2 choices “whether to die slowly because of hunger or die on the spot due to bombing”.
  • Israel themselves had refuse the ceasefire. So, do not focus on HAMAS but focus on Israel whose attacking.
  • Israel will never accept the international pressure including the UN resolution. after they disapproved more than 80 resolutions of the UN since 1948, will they accept and respect the new resolution from UN?

  • Ceasefire Proposal that offers to send International Forces to Gaza was strictly objected by HAMAS. If OIC successfully get the green light to send this International Troops in which they believe to ‘save’ Gazans, by now we should be able to predict that Israel will eventually have the power to order which and which country should send its troop. At the end, things will get worse, it will turns things upside down as these troops will then indirectly help creating new ‘shield’ for Israel, perhaps new ‘weapon’?? Palestinians resistance will become paralyzed as it will be restrained from using weapons, restrained from creating and executing its protection plan. And lastly, Israel is absolutely free to do whatever they wish on Gaza without any obstacle.
This article was translated from Malay to English.

Thanks to everybody who helped me on this. Its important to inform people about HAMAS' stand not to accept the ceasefire offered by UN.

We Will Not Go Down - Micheal Heart

Tuesday 13 January 2009

kali ini utk Gaza..

Ada byk benda boleh ditulis terutama apabila merayap ke blog sisterhebat di utara ni (hebat ape?.tye die sendiri,kang cerite aku salah percume je dpt dose) dan menjwb soalan2 die ala2 syeikh thtl jwb dlm al-ahkam.net dulu.hehehe..harap2 membantu..entah2 soalan2 die tu penulis pun alami jugak..idea2 simpan sampai lepas exam nnt..iA..

Kali ini..solely for Ghazzah..



"What is happeing now in Gaza is not between the Muslim and the Jews; nor it is between Islam and Judaism; but it is a case between the oppressed (Palestinians) and the oppressor (Zionists)!"

"The oppresors are not only the Zionists; Bush and the European leaders; the oppressors also include MUBARAK!, ABBAS!, THE SAUDI ROYAL FAMILY!"

"An the good news is, They are all coming down!!! They are all coming down!!!"

Azzam Tamimi, 10/1/2009; London, UK.

Ini merupakan wacana politik.

Wacana sebeginilah yang mudah difahami dan mudah dikongsi bersama oleh masyarakat dunia yang sedar.

Inilah realiti yang perlu difahami oleh semua. Inilah realiti yang dapat menjawab persoalan-persoalan menegenai kekejaman Mubarak yang enggan membuka pintu sempadan Refah, keterlibatan kerajaan Saudi dengan AS dan Israel, dan juga peranan sebenar Abbas yang merupakan hipokrit terbesar di dalam isu ini".

Gelombang sokongan masyarakat dunia terhadap perjuangan rakyat Palestin tidak dapat dibendung lagi. Serangan rejim Zionis ke atas 'HAMAS' telah memberikan legitimasi perjuangan kemerdekaan Palestin hanya kepada HAMAS. HAMAS menjadi hero rakyat Palestin; dan dunia telah kembali melihat rejim Zionis sebagai penjenayah setelah mereka pernah di'suci'kan dari gelaran tersebut oleh Yasser Arafat. Segala perjanjian damai di antara Arafat dengan rejim Zionis (Madrid, Oslo, Wye River, Camp David) telah menghalalkan rejim Zionis Israel. Kini gelombang masyarakat dunia kembali menuntut agar 'Israel' kembali kepada tahap penjenayah mereka.

Malangnya, penjenayah Zionis ini tidak akan kembali diiktiraf sebagai penjenayah selagi terdapat aparat-aparat mereka menjadi penguasa di negara-negara Arab. Para diktator ini perlu dijatuhkan dahulu. Gelombang kebangkitan rakyat ini wajib digunakan sepenuhnya oleh masyarakat sivil di Mesir, Saudi dan Jordan untuk menurunkan para diktator yang menghisap kekayaan negara dan menzalimi rakyat di bumi sendiri.

Doakan perkara ini akan segera berlaku, sedarkan rakan-rakan warga Mesir, warga Saudi dan warga Jordan. Media eletronik dan alam virtual merupakan senjata yang paling ampuh untuk mengejutkan kelekaan rakyat jelata di bumi tersebut. Kebangkitan marhaen dan proletariat perlu disegerakan...


Maszlee
Durham, UK.
(Masih tidak faham apakah logiknya fatwa salah seorang ulama tersohor Saudi mengharamkan demonstrasi mengecam Israel dan menunjukkan solidariti terhadap rakyat Palestin...)

amik dari Ust Maszlee

Sunday 4 January 2009

bingung!!

waduh2!!! bingung saya...

mau teruskan atau berhenti aja di sini..

masa berjalan..

bingung2 nggak apa2..

asalkan tujuan hidupmu jangan ditinggalkan..

org di Gaza sana kok lagi bingung..

esok atau lusa belum tau bisa hidup nggak..

hmm..moga Allah bikin mudah hidup loh.