Friday 1 May 2009

أريد أن أتحدّث عن ألقلب

"sikit2 ckp pasal hati!!sikit2 hati!takde bende lain ke?"

bentak Pak Leman sambil menghentak meja. Marah benar die dengan Lebai Man kali ini. kemarahan yg mungkin dah lama die pendam. Muak dengan hujah stereotaip Lebai Man yg mahu segala masalah diselesaikan bermula dengan membersihkan hati. Letih Pak Leman bercerita dari masalah masyarakat kepada masalah negara, dari krisis dalaman parti politik hingga ke krisis ekonomi dunia..tup..tup..respon Lebai Man "bersihkan hati..". Apa lagi, meletuplah gunung berapi. Habis semua semangat Pak Leman lumpuh, semangat nk meneruskan hujah ala-ala membentang usul di Parlimen habis koyak rabak dek hujah simplistik Lebai Man. Kini, semangat nk marah pula membuak-buak. Nasib baik Pak Leman tidak ikut anaknya berlatih karatedo. Kalau tidak, mungkin sudah patah 8 meja warong Pak Wok. Dan selepas itu mungkin kepala Pak Leman pula yg akan kena karate oleh Pak Wok.

Terkejut dengan bentakan Pak Leman, Lebai Man buat2 cool, seluk poketnya dan kemudian meletakkan seringgit di sebelah cawan kopi. Lebai Man berdiri dan keluar dari warung. Dengan wajah yg sikit lagi nk jadi incredible hulk, Pak Leman berteriak lagi, "Nak pegi mane pulak tu?!aku tak habis lagi ni!!". Lebai Man yg buat2 cool pun jawab "aku nk pegi masjid, solat dhuha..jom la ikut sekali" sambil meneruskan langkahnya ke masjid, malas dia nk melayan kemarahan Pak Leman. Dia tahu apa2 jawapan kepada soalan Pak Leman hanya akan menjadi minyak yg akan memarakkan api. Solusi terbaik adalah menamatkan debat itu.

"Dah la tu Leman, pegi balik. Isteri kamu mesti tengah nunggu sayur yg kamu beli tu."

Pak Wok akhirnya bersuara. Selaku tuan punya tapak, dia ada kuasa veto menghentikn sebarang bentuk perbincangan. Pak Leman terus mengambil helmetnya, di tolaknya kerusi ke tepi dengan agak kasar hingga terkena lutut Wak Jiman. Wak Jiman meng'aduh' dalam hati, juga malas hendak memanjangkan bicara. Tambah2 Pak Wok sudah memberi signal kepada semua untuk menghentikan sesi Dewan pada pagi itu. Pak Leman beredar dengan motor kapcainya, bunyi deruman motor sudah membayangkan kemarahannya yg meluap-luap.

Selesai solat tahiyatul masjid, Lebai Man terus bangkit untuk solat dhuha. Dalam sujud dia berdoa agar dosanya diampuni,umat Palestin dan seluruh kaum muslimin sentiasa mendapat pertolongan Allah, hatinya sentiasa tetap(thabat), ibu bapanya sentiasa dirahmati, isteri dan anaknya sentiasa menjadi penyejuk mata,anak2 usrahnya sentiasa menjaga mutabaah amal, kerja2nya sentiasa dimudahkan, kejayaan sentiasa mengiringi ujian dunia dan akhirat, dia sentiasa dikurniakan kesihatan dan beberapa doa lagi. Sebelum memberi salam, diulang-ulang lagi doa tadi sambil jari telunjuknya bergerak-gerak. Itulah antara bentuk solat yg dipelajarinya melalui buku sifat solat Nabi s.a.w karangan Syeikh al-Albani. Pun begitu tidaklah dia pernah memarahi orang yg solat mengikut feqh As-Syafie.

Selepas memberi salam, dia terus beristighfar panjang sambil mengenang peristiwa tadi. Terasa menyesal, bukan kerana jawapannya tapi kerana membuka mulut tadi. Penyesalan itu terus bermain di fikirannya sambil mulut terkumat kamit menuturkan zikrullah. Usai zikrullah, dicapainya mushaf yang selalu menjadi bacaannya. Mushaf itu penuh dengan tanda2 lantaran setiap kali ada kupasan ayat oleh murabbi atau anak usrahnya atau org lain pasti beliau tandakan ayatnya. Kali ini beliau sedang menghabiskan juzuk 26. Salah satu mutabaah amal beliau adalah menghabiskan sejuzuk dari AQ setiap hari, Lebai Man menganggap itu tanggungjawab untuk meningkatkan diri. Masuk saja surah hujurat, Lebai Man sudah rasa semacam, hatinya bergetar. Diteruskan bacaan hingga ayat ke-9, memang betol2 kena batang hidung beliau, disambung ayat ke-10, terus menusuk jiwa. Ada tanda pada ayat 10, teringat beliau akan tazkirah murabbinya tentang bagaimana ranapnya kekuatan tentera Afghanistan kerana tiada ukhuwah antara mereka. Setelah berjaya menghalau Russia, kumpulan-kumpulan pejuang berperang pula sesama sendiri yg akhirnya membawa kepada kekuasaan Taliban. Teringat dia doa rabithah yg dibacanya subuh tadi sesudah membaca al-mathurat. Pun dia memohon tautan hati. Habis surah hujurat dibaca, Lebai Man termenung seketika dan beristighfar panjang..dalam hatinya

"Aku kena jumpa Leman.."

TBC..