Thursday 4 June 2009

Pasar Demokrasi

New America, One Malaysia : KJ

Inilah pasar demokrasi(meminjam terma Fahri Hamzah) yg akhirnya disedari oleh KJ dan BN lewat 8Mac08 bahawa mereka tidak selama-lamanya akan memegang takhta kerajaan. Mana-mana partai politik yg diRASAkan oleh rakyat mampu memberi manfaat yang besar kepada mereka maka partai itulah yg akan menang. Sifir yg cukup mudah. Nampak seolah ada kesungguhan dari KJ utk perubahan segera berlaku dlm BN demi mengambil hati rakyat kerana baginya 4 tahun sebelum PRU seterusnya hanya sekadar 2 tahun utk perubahan besar-besaran berlaku dlm BN(UMNO terutama). Tahniah KJ kerana mengiktiraf kematangan pengundi lewat 8Mac08 lalu yg menggambarkan kematangan demokrasi.

Mungkin pertanyaan seterusnya utk difikirkn oleh KJ adalah adakah idea 'One Malaysia' DS Najib, PM kita ini akan mengubah sikap atau approach kerajaan dlm menangani isu rakyat?sebagaimana KJ meragui idea 'New America' Obama yg setakat ini senyap sahaja berkaitan isu Palestin.

Waulahualam..biarlah politisi dengan agenda2 mereka. Tidak dinafikan langkah yang mereka ambil akan meninggalkan kesan kpd rakyat(jika tidak banyak, sikit). Namun kerja2 perbaikan(islah) individu dan masyarakat harus terus berjalan tanpa henti walau apa jenis tsunami pun yg melanda ekonomi dan politik negara.

Ke arah membina rijal yg jiwanya penuh dengan Inqilab jahiliyyah..

No comments: