Kita bukanlah parti politik...walaupun politik sebahagian dari kita.
Kita bukanlah badan kebajikan...walaupun kebajikan menjadi keutamaan kita.
Kita bukanlah kelab sukan dan riadhah..walaupun menjaga kesihatan adalah amalan kita..
Kita tidak akan sama seperti organisasi di atas kerana kewujudan mereka hanya terbatas pada tujuan tertentu dan tempat tertentu sahaja.
Tapi Kita adalah Ruh Baru(Ruhul Jadid) ummat ini...
Yang akan mewarnai setiap kelab, persatuan, parti politik bahkan segenap penjuru aspek kehidupan ummat...
Sehingga tiada lagi fitnah di bumi dan ad-Deen itu milik Allah sepenuhnya..
Ameen..
Showing posts with label fikrah. Show all posts

Wednesday, 29 December 2010
Wednesday, 24 February 2010
ramai...
setelah melihat demonstrasi jalanan di Sudan..
Friday, 3 April 2009
Evaluation..
Setiap dakwah islam bila-bila masa pun hendaklah memulakan amalnya dari masjid. Dengannya diislahkan akidah, diajar adab-adab ta'amul islamiy. Dari sinilah segala neraca nilai-nilai lain seperti kebolehan menulis, kepetahan bercakap dan timbunan sijil-sijil akademik semuanya gugur secara automatik.
Inti kebaikan sebenarnya hanya berada pada kunjungan tetap ke masjid. Bekalan masjid adalah sebaik-baik bekalan untuk muntalaq. al-Hasan bin Ali bin Abi Talib r.a mengira-ngiranya dan berkata :
"Sesiapa yang sentiasa ke masjid, dia akan mendapat 8 sifat : Tanda yang meyakinkan, saudara yang berguna, ilmu yang dimiliki, rahmat yang menanti, kalimah yang menunjukkan jalan atau menghalangnya daripada kemusnahan, dan meninggalkan dosa samada kerana malu atau takut"
(Ibn Qutaybah, 'Uyun al-akhbar)
Pada hakikatnya, masjid adalah tempat fikrah yang satu, bersih, suci dan membetulkan segala penyelewengan masyarakat. Ia adalah pemikiran yang satu pada setiap kepala. Oleh itu, ia adalah penyelesaian yang satu terhadap segala permasalahan. Sama seperti sungai yang membelah bumi lalu bumi hanya berada di tebingnya tanpa mara lebih daripada itu, maka begitu juga masjid yang didirikan lalu bumi dengan segala pengertian tanah yang hina itu tidak dapat memasuki masjid kerana terhalang oleh dindingnya.
(al-Rafi'iy, Wahy al-Qalam)
"Masjid bukanlah sekadar binaan atau tempat seperti binaan dan tempat-tempat lain. Bahkan ia adalah membetulkan alam yang sentiasa bergelora disekitarnya. Hidup adalah sebab yang menjadikan manusia sesat, batil, berlumba-lumba, bermusuhan, konspirasi dan seumpamanya. Semua ini akan dapat dipadamkan oleh masjid, iaitu ketika orang ramai berkumpul beberapa kali setiap hari dalam keadaan dada yang sejahtera, hati yang suci bersih dan rohani jiwa yang tinggi. Masjid tidak dimasuki oleh kemanusiaan manusia melainkan dalam keadaan suci bersih. Seluruh tubuhnya daripada bahagian yang paling atas hingga ke bahagian yang paling bawah digenangi dengan syiar kesucian yang dinamakan sebagai wuduk yang menjadikan manusia seolah-olah membersihkan segala kesan-kesan kotoran dunia daripada seluruh anggotanya sebelum memasuki masjid"
(al-Rafi'iy, Wahy al-Qalam)
Petikan dari buku Raqaiq oleh Syeikh Ahmad Rasheed...

Monday, 16 March 2009
Dakwah di atas jalan-Nya
dalil: AQT 3:104, [Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar]
AQT 9. 71. [Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar,]
AQ melarang kita mendokong kemaksiatan..dalil:
AQT 5:02 ( Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.)
Bagi yang memikirkan dakwah ini adalah seperti yang kehendakinya, hentikanlah..
Dakwah perlu berjalan mengikut telunjuk Allah dan Rasul-Nya..
Tidaklah ia(dakwah) berjalan mengikut kehendak daie yg memandunya..
Sesungguhnya ar-Rasul s.a.w telah meninggalkan AQ, Hadis dan sirah baginda..
Pelajarilah..sebagai bekalan di jalan ini..
Bayangkan sahaja tatkala ar-Rasul bersama kita berada di tempat yang kita RASA kita sedang berdakwah, adakah beliau akan memuji atau memarahi?
Betapa indahnya islam, dari dalam(niat) ke luar(amalan) , semua dipelihara agar menepati kehendak-Nya.
------------------------------------------------
Isi ini jugak dibuang...bimbang2 hati dikotori..
----------------------------------------------------
waulahualam..

Subscribe to:
Posts (Atom)