Wednesday, 5 May 2010
Pesan Syeikh Kabeer..
Monday, 28 September 2009
Di Titik Lemah Ujian Datang
Thursday, 9 July 2009
عمل
kata2 Ust Rahmat Abdullah ’sang murabbi’:
“Saya melihat satu simpul kata yang diucapkan Imam Syahid Hasan Al Banna, “Nahnu qaumun ‘amaliyun”. Kita adalah kaum yang berorientasi pada amal. Artinya da’wah jangan hanya berputar pada memperkatakan masalah. Bukankah juga orientasi qur’an mengajak orang untuk beramal. Sehingga gaya bahasa Qur’an secara umum tidak membuat orang itu melamun, tetapi bekerja, beramal. Di situlah Rasulullah berhasil membentuk sahabat, untuk merasakan kenikmatan ilmu itu dengan beramal.Sementara kegelisahan di mana-mana itu karena orang asyik berkutat pada teori. Bahkan da’inya –naudzubillah- kalau da’inya sudah kering otaknya, kering hatinya sehingga mereka lebih banyak menyerap hal-hal yang informatif dan teoritik tanpa seimbang dengan amaliyahnya, baik amaliyah jasadiyahmaupun qolbiyah. “
Wednesday, 22 April 2009
Aku Lemah..Mohon Maaf.

Maaf kepada ISOC kerana x mampu untuk hadir ke AGM..ampun banget..
bukan sengaja xnk datang..tapi melihatkan projek 3rd year yg diambang maut..tak tergamak nk dtg..
waktu2 kecederaan mcm ni email pun x bace betol2..bukak pun jarang2..YM apetah lagi..
ini waktu2 fitnah..
kalaulah boleh undi online..sure akan undi..
Jazakumullahu khairan katheera atas segala usaha anda(ISOC Comm) selama ini..
Sesungguhnya amal anda sangatlah besar nk bandingkn dgn amal aku..Subuh jemaah pun selalu miss..
Hanya Allah sahaja mampu balas..
SORI YG AMAT..
-pemuda lemah yg kurang amal-
Friday, 3 April 2009
Evaluation..
Inti kebaikan sebenarnya hanya berada pada kunjungan tetap ke masjid. Bekalan masjid adalah sebaik-baik bekalan untuk muntalaq. al-Hasan bin Ali bin Abi Talib r.a mengira-ngiranya dan berkata :
"Sesiapa yang sentiasa ke masjid, dia akan mendapat 8 sifat : Tanda yang meyakinkan, saudara yang berguna, ilmu yang dimiliki, rahmat yang menanti, kalimah yang menunjukkan jalan atau menghalangnya daripada kemusnahan, dan meninggalkan dosa samada kerana malu atau takut"
(Ibn Qutaybah, 'Uyun al-akhbar)
Pada hakikatnya, masjid adalah tempat fikrah yang satu, bersih, suci dan membetulkan segala penyelewengan masyarakat. Ia adalah pemikiran yang satu pada setiap kepala. Oleh itu, ia adalah penyelesaian yang satu terhadap segala permasalahan. Sama seperti sungai yang membelah bumi lalu bumi hanya berada di tebingnya tanpa mara lebih daripada itu, maka begitu juga masjid yang didirikan lalu bumi dengan segala pengertian tanah yang hina itu tidak dapat memasuki masjid kerana terhalang oleh dindingnya.
(al-Rafi'iy, Wahy al-Qalam)
"Masjid bukanlah sekadar binaan atau tempat seperti binaan dan tempat-tempat lain. Bahkan ia adalah membetulkan alam yang sentiasa bergelora disekitarnya. Hidup adalah sebab yang menjadikan manusia sesat, batil, berlumba-lumba, bermusuhan, konspirasi dan seumpamanya. Semua ini akan dapat dipadamkan oleh masjid, iaitu ketika orang ramai berkumpul beberapa kali setiap hari dalam keadaan dada yang sejahtera, hati yang suci bersih dan rohani jiwa yang tinggi. Masjid tidak dimasuki oleh kemanusiaan manusia melainkan dalam keadaan suci bersih. Seluruh tubuhnya daripada bahagian yang paling atas hingga ke bahagian yang paling bawah digenangi dengan syiar kesucian yang dinamakan sebagai wuduk yang menjadikan manusia seolah-olah membersihkan segala kesan-kesan kotoran dunia daripada seluruh anggotanya sebelum memasuki masjid"
(al-Rafi'iy, Wahy al-Qalam)
Petikan dari buku Raqaiq oleh Syeikh Ahmad Rasheed...
Monday, 16 March 2009
Dakwah di atas jalan-Nya
AQT 9. 71. [Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar,]
AQ melarang kita mendokong kemaksiatan..dalil:
AQT 5:02 ( Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.)
Bagi yang memikirkan dakwah ini adalah seperti yang kehendakinya, hentikanlah..
Dakwah perlu berjalan mengikut telunjuk Allah dan Rasul-Nya..
Tidaklah ia(dakwah) berjalan mengikut kehendak daie yg memandunya..
Sesungguhnya ar-Rasul s.a.w telah meninggalkan AQ, Hadis dan sirah baginda..
Pelajarilah..sebagai bekalan di jalan ini..
Bayangkan sahaja tatkala ar-Rasul bersama kita berada di tempat yang kita RASA kita sedang berdakwah, adakah beliau akan memuji atau memarahi?
Betapa indahnya islam, dari dalam(niat) ke luar(amalan) , semua dipelihara agar menepati kehendak-Nya.
------------------------------------------------
Isi ini jugak dibuang...bimbang2 hati dikotori..
----------------------------------------------------
waulahualam..
Sunday, 15 February 2009
Apa itu Qa'idah sulbah?
Dalam bahasa inggeris mungkin bermaksud "main-team".
saya minat sungguh bola sepak sejak sekolah menengah.saje cari gambar lame France yang ade ZidaneDalam sebuah team bola sepak ... ada team a, team b dan seterusnya.
Ada "main team", "reserve team" dan seterusnya.
Ada pemain utama, pemain simpanan, pasukan pelapis dan seterusnya.
Qa'idah Sulbah dalam dakwah adalah ibarat main-team dalam pasukan bola sepak.
Mereka adalah orang-orang yang menjadi tulang belakang dalam main team untuk memenangi sebuah perlawanan dengan melaksanakan strategi yang telah dirancang.
Andai anda seorang pemain bola sepak?
Dimanakah kedudukan anda dalam pasukan tersebut?
Apakah peranan anda dalam pasukan tersebut?
Adakah anda mahu@telah menyertai pasukan dakwah?
Apakah kedudukan anda dalam pasukan dakwah tersebut?
Apakah peranan anda dalam pasukan tersebut?
SUMBER...
Monday, 26 January 2009
2 Face
Sebaik-baik kita pasti ada buruk dalam jiwa, seburuk-buruk manusia pasti ada baik dalam diri dia. Ini semua fitrah, pada diri manusia itu Allah kurniakan 2 jalan."...fujuraha wa taqwaha". Setiap jiwa itu ada tarikan hizb-Allah dan hizb-syaitan. Makin jauh dari islam makin kuat hizb-syaitan, makin dekat dengan islam, makin kuat hizb-Allah.(hizb = kumpulan).Sebab itu amat wajar untuk kita sentiasa merendah diri, muhasabah diri memikirkan dosa. Bersabar dan berlapang dada atas setiap ejekan dan sindiran terhadap fikrah yang kita pegang. Bagi tips kt orang lain supaya tasammuh dan bersabar sebenarnya refleks diri sendiri untuk "walk the talk". Allah benci orang yang tak buat apa yang dia cakap."kabura Maqtan 'indallah..."Tak lama dulu sebelum exam, DS Shahidan Kassim datang melawat Nottingham di rumah abg Azman, Penghulu NMC. Bersama beliau Dr MAZA dan ust MM(Maszlee Malik). Program anjuran kelab UMNO Notts, Presidennya Sarip.
Bagi sesetengah orang, disebabkan track record buruk UMNO dan pemimpinnya, DS Shahidan pun kene sekali. Bermulalah sangkaan2, datangnya DS untuk dapatkan pengaruh balik sebab dah tak jadi MB Perlis, datang UK dengan duit rakyat, duit sapelah die bagi kt penghulu dan macam-macam lagi. Apa2 yang datang dari UMNO, semua busuk walaupun bende tu baik. Astaghfirullah.Apatah lagi kalu cara fikir macam ni datang dari kita yang ckp pasal dakwah. Nau'zubillah..
DS bersama-sama Dr MAZA dan ust MM pada hari tersebut bercerita pasal islam, tajdid dan sunnah. Tak wujud unsur-unsur kempen UMNO BN. Dan lebih best lagi DS guna 'ana enta'.(DS amik exam arab masa jadi MB dulu). Bukan nak membodek tapi yang baik kene benarkan. Tapi tak bermakna ini semua menutup mata kita untuk membuat koreksi terhadap UMNO BN."kullu bani adam khattauun..". Setiap orang buat salah, itulah insan.
Ya Allah..final semester dah stat, kekalkan aku pada jalan Rasul-Mu, jgnlah lidah dan tanganku bawa mudarat pada orang lain. Bantulah mujahidin di Ghazzah...ameen.
