Tuesday 22 December 2009

PMR

salam..

result PMR dah dekat...berdebar x?

Hussein : hehe..bleh la.doakan la..

Falah : wasalam..wowo..cuak ooo...

Hafizi : Ntah, debar la sikit..

Firdaus : Sikit2 la

Amin : X sangat sebab ana tgh camping ni..

Imad : Bley la..hehe..

----------moga semua dapat result cemerlang iA-----------

Friday 18 December 2009

Azim oh Azim...


Alhamdulillah..Azim dah menamatkan zaman bujangnya petang tadi selepas asar di masjid Proton..walaupun kene dengar lecture tok kadi selama 15 minit (tidak termasuk muqaddimah dan isi borang2 berkaitan mungkin dlm 30 minit ke 1 jam)..Teringat mase2 kt UK arwah Arep, Fathi dan Azim duk adjust tarikh walimah supaya x clash..

mudah-mudahan Allah kurniakan jannah utk Arep dan ketabahan utk ukhti Teh..dan semoga Azim & Miza makin maju dan laju dalam DnT lepas nikah ni..insyaAllah..sedikit gambar dari tempat kejadian.

Azim yg happy selepas keluar dari kelab bujang....
Hikmat dan Firdaus kene puasa banyak2 lagi..hahaha..
family azim..mak azim pakai baju kuning..die ingat lagi name aku..terharu..



ceramoh yg lame..xkan aku pun lame mcm ni jugak nnt..

sign mende ntah

Friday 11 December 2009

Innalillah..

Sesungguhnya hari ini, 11 December 2009 bersamaan 24 Zulhijjah 1430 Hijrah. Akhi Mohd Ariff Kader (kiri sekali) telah meninggalkan kita semua.

Bukanlah kematian itu yang kita takuti tapi yang lebih kita takuti adalah azab yang mungkin menanti lantaran sedikitnya amal utk dipersembahkan di depan Allah s.w.t kelak.

Moga Allah mencucuri rahmatNya atas Ariff dan kedua ibu bapanya. Dan moga2 Allah kumpulkan dia bersama para syuhada.

Pengantin baru antara 4 maut dalam nahas kereta-bas


KANGAR: Seorang pengantin lelaki yang baru empat jam bernikah adalah antara empat orang yang terbunuh dalam kemalangan membabitkan pertembungan sebuah kereta dan bas di Kilometer 7, Jalan Kangar-Padang Besar hari ini.

Timbalan Ketua Polis Perlis, ACP Zull Aznam Harun, berkata pengantin yang terbunuh dalam kejadian pada 1.05 tengah hari itu dikenali sebagai Mohd Ariff Abdul Kadir, 23, seorang jurutera.

Turut terbunuh ialah ibu bapa Mohd Ariff iaitu Abdul Kadir Awang, 53, dan Aspah Osman, 58 serta seorang jurugambar, Mohd Farhan Musa, 18, yang juga rakan Mohd Ariff.

Katanya, semua mangsa yang menetap di Taman Melati Indah dekat sini sedang dalam perjalanan pulang daripada majlis akad nikah di Anak Bukit, Kedah.

Mereka terbunuh di tempat kejadian manakala 27 penumpang serta pemandu bas yang datang dari arah bertentangan menghala Kangar tidak mengalami sebarang kecederaan.

Zull Aznam berkata, tayar kereta yang dipandu Abdul Kadir, seorang pesara pembantu makmal Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra itu, dipercayai pancit menyebabkan kenderaan yang sedang menghala arah Beseri itu tidak dapat dikawal lalu bertembung dengan bas pesiaran yang membawa pelancong dari Selangor itu.

"Kami masih menyiasat punca kejadian. Pemandu bas itu juga telah direkodkan kenyataannya," katanya semasa ditemui di rumah mayat Hospital Tuanku Fauziah (HTF) hari ini.

Sementara itu, suasana pilu menyelubungi rumah mayat hospital itu apabila dibanjiri ratusan sanak saudara mangsa manakala di rumah mangsa di Taman Melati Indah turut dipenuhi orang ramai.

Kerja gotong royong untuk mendirikan khemah kenduri untuk majlis perkahwinan Mohd Ariff dan pasangannya, Teh Afifah Shahirah Abdul Hamid, 23, dibatalkan.

Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Perlis, Jamsari Jamaluddin, yang juga jiran kepada mangsa berkata semua mangsa sedang dalam perjalanan pulang daripada majlis akad nikah di Anak Bukit dan majlis kenduri perkahwinan Mohd Ariff dijadualkan Ahad ini. - Bernama