Walaupun cuaca sangat sejuk(habis kebas jari2) namun semua yang hadir tidak luntur semangat untuk melaungkan sokongan mereka kepada warga Gaza. Laungan semangat adalah untuk menarik perhatian orang yang lalu lalang supaya aware dengan keadaan di Gaza.
Bro Uthman mengetuai chanting
Perempuan ini tidak bertudung tapi semangat sungguh dia melaungkan takbir, alhamdulillah penulis nampak mujahidah dakwah hadir dan sama2 melaungkan kata2 semangat. Sememangnya mujahidah dakwah patut lebih hebat dari wanita tak bertudung ini dalam isu Palestin.
Lelaki tua di bahagian paling kiri dalam gambar diatas berketurunan Yahudi Inggeris, dia juga mengutuk serangan terhadap Gaza. Dan Sabtu ini akan berlangsung demonstrasi yang lebih besar di Central London dan pastinya group yahudi ortodoks akan tampil bersama menjayakan demonstrasi ini. Setelah hampir sejam setengah berdemonstrasi, Bro al-Fateh mengakhiri perhimpunan dengan sedikit ucapan.
Menjadi harapan kita untuk melihat Liga Arab bertindak terhadap isu ini dengan lebih tegas terutama kerajaan Mesir pimpinan Hosni Mubarak. Sempadan Rafah perlu dibuka terutama dalam keadaan sekarang. Moga Allah memberi rahmat dan hidayah kepada setiap yang hadir menjayakan demonstrasi seperti ini dan moga mujahidin di sana sentiasa istiqamah dengan perjuangan. Semangat semasa demonstrasi perlu juga diterjemahkan dalam akhlak, ibadah dan muamalah. Adalah tidak enak jika hanya kuat bertempik sewaktu demonstrasi namun solat tidak dijaga.
free free Palestine!
free free Palestine!
Gaza Gaza don't you cry!
We will never let you die!